Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Maharaja Lawak Minggu 4: Jambu Terbaik, Alex Terkeluar & Amir Selamat Lagi

Maharaja Lawak minggu ke 4 sekali lagi menyaksikan Amir terselamat. Mangsa yang terkeluar kali ini ialah Alex. Kali ini Mamat Khalid menyatakan yang persembahan Amir adalah terbaik kerana peningkatan yang tersangat bagus daripada minggu lepas. Abang Nara akui lawak Amir kali ini not bad jugaklah. Tetapi adakah layak sehingga tak jatuh ke bottom 3? Untuk makluman, cara pengundian kali ini ialah 50% daripada undian dan 50% daripada juri.

Bagi Abang Nara, kumpulan Jambu menunjukkan persembahan yang terbaik minggu ini. Sempoi dan kelakar habis. Jozan pun not bad sebab tersangat kreatif cara penyampaian mereka. Tetapi secara keseluruhan minggu ke 4 Raja Lawak agak kurang kelakar. Kemungkinan besar kerana ketiadaan tema yang ditetapkan. Cadangan Abang Nara ialah pastikan setiap minggu ada tema supaya peserta boleh lebih fokus.

Advertisement

Dan mungkin pihak juri boleh lebih straight to the point untuk mengulas persembahan para peserta. Abang Nara tengok daripada minggu pertama sampai minggu keempat sama je cara kritikan yang diberi. Terlalu umum. Cuba direct tegur dan bagitau apa sebenarnya yang perlu dilakukan. Jangan kritik dengan sekadar berkata “Persembahan awak biasa-biasa sahaja”. Cuba spesifikkan sikit. Tak gitu?

Untuk lebih video sila ke channel Youtube GuaTVcom.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top