Maharaja Lawak Minggu 2 – Jambu Terbaik, Jozan Mula Menyerlah & Nabil Tamatkan Ceritanya

Hiburan

Maharaja Lawak Minggu 2 – Jambu Terbaik, Jozan Mula Menyerlah & Nabil Tamatkan Ceritanya

Akhirnya Abang Nara berjaya melihat secara live persembahan Maharaja Lawak di Finas pada hari Jumaat yang lalu. Serious ramai gila orang. Penuh satu Finas dengan khalayak manusia yang mahukan hiburan lawak daripada peserta-peserta Maharaja Lawak. Sampaikan pihak Astro terpaksa buat skrin besar di luar sebab dah tak muat dah studio kat dalam. Sungguh teruja Abang Nara dengan sambutan yang ditunjukkan oleh peminat-peminat Maharaja Lawak.

Advertisement

Tapi sayangnya dalam kehangatan Maharaja Lawak, ada insiden yang tak sepatutnya berlaku. Mungkin akibat bengang dan marah tidak dapat masuk ke dalam studio, ada penonton yang sanggup meludah pegawai Astro semasa berebut-rebut di pintu masuk. Sungguh tidak beradab sama sekali. Walaupun kita ini peminat kipas susah mati, tak perlulah rasanya sampai nak meludah orang lain. Di mana adat kita sebagai orang Melayu? Sungguh memalukan perangai sesetengah manusia ini.

Bagi Abang Nara, minggu kedua ini menyaksikan kehebatan kumpulan Jambu. Kalau minggu pertama kumpulan Balas muncul dengan lawak hantu karipapnya, minggu kedua kumpulan Jambu membuat satu lawak yang lain daripada yang lain. Memang power gila kumpulan Jambu ini terutamanya si Yus tue. Kagum Abang Nara dibuatnya. Dan Abang Nara rasa kumpulan Jambu boleh pergi jauh asalkan dapat kekalkan persembahan konsisten sebegini setiap minggu.

Jozan sudah mula menunjukkan taringnya tetapi persembahan kedua yang termantap bagi Abang Nara ialah daripada Nabil. Jalan cerita padat, lawak tak dibuat-buat dan nampak ada kesungguhan dalam latihan. Kumpulan Sepah pun tak kurang hebatnya. Lawak kumpulan Sepah memang agak kasar tetapi macam kena dengan jiwa Abang Nara. Jiwa korang tak tahu la pulak kan.

Tapi mulai minggu ini, Maharaja Lawak hanya akan ditayangkan melalui Astro Warna sahaja. Anda yang nak sambung layan Maharaja Lawak, kenalah keluar belanja sikit. Tak adalah mahal mana pun. Cuma RM13 ringgit sahaja sebulan. Dapat 3 channel lagi. Kalau kira-kira balik, sebenarnya anda hanya membayar beberapa puluh sen je sehari untuk melanggan Astro Warna ini. Lagipun banyak rancangan-rancangan yang best kat Astro Warna nie kalau tak silap Abang Nara.

Abang Nara tak nak memaksa atau nampak macam nak promote Astro Warna. Abang Nara tak dibayar pun oleh Astro. Cuma tepuklah dada tanyalah selera. Kalau anda rasa berbaloi, langganlah Astro Warna untuk menonton Maharaja Lawak. Kalau tak rasa berbaloi, tunggu ajerlah upload di Youtube. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...