Written by Bella | January 20th, 2016

Pihak Astro akhirnya secara rasmi telah melancarkan program Maharaja Lawak Mega 2016 musim terbaharu dan memperkenalkan barisan pelawak yang lain daripada lain kali ini.

Kali ini tiada lagi kelibat pelawak hebat seperti kumpulan Jozan, Zero ataupun Sepahtu. Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Emarina Kamal, MLM 2016 kali ini menggabungkan pelawak daripada group lain menjadi satu team baharu.

Sama seperti tahun sebelum ini, barisan peserta dipilih merupakan antara yang terbaik pernah dihimpunkan dalam sebuah pertandingan komedi di saluran ini. Bagi menambahkan kehangatan tersebut kami menggabungkan peserta daripada grup lain dalam sebuah kumpulan baharu.

Kami yakin ia akan menarik perhatian penonton selain ia memberi kelainan memandangkan MLM sudah memasuki edisi kelima.

Antara pelawak yang bergabung adalah kumpulan LOL gabungan Angah bersama Tauke (Jambu) dan Ajak (Shiro) selain Joras yang dianggotai oleh Shuk (SYJ), Rahim (R2) dan Joey (Jalor).

Peserta lain yang turut terlibat adalah Cham (Along dan Azrul Cham), Bocey (Acey, Abam dan Fad), Awok (Filzah, Ain dan Ayie), Enjen (Raja Azri, Acong dan Yus), Shake (Amir, Bell Ngasri dan Haszmi), Chilok (Chiwan, Achok dan Kamal), XOLA (One, Chot dan Wan Jala), Puteh (Mamak dan Ali).

Juga terdapat  kumpulan yang mewakili negara jiran seperti Bora (Isa, Yan dan Mamat) mewakili Singapura dan Saywho (Vicha, Bocil Bancin dan Agus) Indonesia. Ada juga dua peserta solo yang bakal bertanding iaitu Reza Mukmin dan Kavin Jay.

Malah, peserta Gegar Vaganza 2 iaitu Ezad Lazim turut terlibat dalam MLM 2016 apabila muncul sebagai peserta kumpulan BOS bersama Ajo dan Abu.

Buat masa ini barisan juri masih belum diperkenalkan lagi dan AC Mizal masih kekal sebagai pengacara  program tersebut. Tahun ini, temanya adalah “spy”.

MLM 2016 akan mula bersiaran pada 29 Januari ini jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Nampaknya barisan pelawak kali ini menampilkan mereka yang pernah terkeluar dan ada yang sampai di kerusi panas MLM. Mungkin ini satu peluang yang diberikan pihak Astro untuk mereka membuktikan bakat yang mereka ada untuk menghiburkan penonton. Sama-sama kita lihat jika peserta kali ini mampu mencetuskan fenomena.

Sumber Berita:  mStar Online

21 responses to Maharaja Lawak Mega 2016 Tampilkan Sesuatu Yang Berbeza

  1. Anonymous says:

    bosan…asyik2 muka sama je. next?

    0

    0
  2. kebodwarior says:

    sendunya….

    0

    0
  3. Shhh says:

    Baguslah gak..blh tgk pelawak lain plak..ni balik2 muka sama menang..tak jozan yg menang, sepahtu menang, girulah smpi bila2..tu kalo da org nk tgk lgi…tpi kan..mmg untung betul jadi pelawak Malaysia skrg ni..asik bertanding je..dh tak da job ke….mula raja lawak, pastu mlm, super spontan, skool of lawak, pastu mlm mega , baru2 ni juara parody plak..mcm2….tpi kira oklah sbb aku dh bosan dgn rancangan tv baik tv1 tv 2..tv3 aku dah ban dah…astro plak asik ulang benda sama. Dari awal tahun smpi hujnug tahun…rancangan baru da berapa kerat je…nk tak nak kena tgk gak..

    0

    0
  4. minah says:

    asyik org yang samer jerrr

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Hello apa perbezaannya tgk sama je.

    0

    0
  6. izzy says:

    dlm kumpulan enjen tu, ebby yus ke yg join raja azri n acong..?

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Mana badol?

    0

    0
  8. ChanteQ says:

    Jepp sepahtu x join taun ni sbb hormat pemergian sahabat dia Pak Yus,
    Tapi……… Taukey……?????

    0

    0
    • anonymous says:

      sepahtu & nabil awal2 cakap xnak join this year la..tapi mana pegi shahrol & jehan???sayang zero xjoin maybe sebab xnak berpecah & senario kata nak join pun xde..huhu..xnampak aura bakal pemenang sebab pelawak yang tinggal lawak kurang menyengat..tapi bukan senang nak melawak..salute!!!

      0

      0
  9. Anonymous says:

    Aduhh.. Aku dah nampak siapa pengacaranya.. Aku minta la jgn la ada “peace yooooo” tu lg :/ asyik2 nak sorak diri sendiri

    0

    0
  10. anon says:

    sorry aaa, jehan mana da lawak.??? cuma dgn nabil utk keja pengacara boley aaa.
    ac mizal tolong jgn ketat seluaq kat bebird pls okayyy
    nasib scenario xder…zaman bosannn dah berlalu

    0

    0
  11. Yoyo says:

    Sesiapa blh tlg bagitau kenapa saharol shiro
    tak ada

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Mana shahrol shiro

    0

    0
  13. jedtakjadi says:

    amik juri tahun tahun2014 best. luna maya nora danish, yusup haslam dan syeikh haikal plezzzzzz.. jgn amik juri tahun lepas, tak best langsung! suram, asik nk punchline jer

    0

    0
  14. Anonymous says:

    amik pengadilnya yg bagus dan brrbakat mcm kak ogy, badul, adlin dan luna maya

    0

    0
  15. BangBangBang says:

    dok komen “asik muka yang sama” ja… you are so boring people.. tapi “muka yang lain” kau kutuk macam2..sendu la.. x bes la.. eh kemon la. kau tak payah tengok. setel masalah. kalau jozan ada sepahtu ada pun tak menjamin la lawak diorg tu buat kau ketawa.

    0

    0
  16. moi says:

    Haa ni baru betul. Takde lah muka sama yang sah sah undi tinggi je menang. At least muka sama yang ada ni pun saing saing. Tapi aku rindu Jihan. Pape pun peserta nama Reza tu kelakar weh. Stand up comedy dia lagi power dari Nabil.

    0

    0
  17. abg gagah says:

    REZA MUKMIN tu power dow, kawan aku tu. kalo x caya korang tunggu je nanti dia perform

    0

    0