Bukan sahaja wanita yang nak terlihat cantik di hari lebaran, kaum lelaki juga tidak melepaskan peluang untuk kelihatan segak dan kemas di pagi raya kan?
Satu perkongsian TikTok oleh @syahmi.hariz ada memuat naik video memperlihatkan dirinya sedang berdandan dengan menggunting rambut di sebuah salun mewah dipercayai di Truefitt & Hill Malaysia.
Salun mewah itu sebelum ini pernah menjadi tular kerana hiasan dalamannya yang menyerupai filem Kingsman selain harganya yang agak mahal.
Mempunyai kelas tersendiri, salun rambut tersebut didakwa mengenakan caj sekitar RM500 untuk pakej lengkap dan layanan yang diberikan juga sangat selesa dan mewah, berpatutan dengan harga.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa teruja melihat servis yang ditawarkan oleh salun berkenaan dan menganggap tidak mengapa untuk sekali sekala membelanjakan sejumlah wang yang banyak bagi memanjakan diri sendiri.
Pilihan sendiri kan, janji tak pakai duit orang lain!