Mahalnya Nak Putihkan Gigi! Ni Tips Jimat Yang Korang Boleh Cuba Sendiri Dekat Rumah

Fesyen

Mahalnya Nak Putihkan Gigi! Ni Tips Jimat Yang Korang Boleh Cuba Sendiri Dekat Rumah

Gigi kuning atau kurang berseri boleh menyebabkan masalah kurang keyakinan diri.

Tapi korang tahu tak, sebenarnya ada satu cara mudah untuk putihkan gigi yang korang boleh buat sendiri dari rumah. Cuma guna berus pen je. Haa??!!

Advertisement

Putihkan gigi dari rumah dengan ubat gigi & pen pemutih gigi Colgate

Baru-baru ini, Beautifulnara telah diberikan peluang untuk mencuba sendiri siri pemutihan gigi daripada jenama Colgate. Macam biasa, sebelum guna kami ada juga rasa berkesan ke produk ni? Tapi takpe, kita cuba dulu.

Bagi mereka yang ada masalah gigi kuning, pertama sekali korang kena tau banyak perkara yang menyumbang kepada masalah gigi kuning atau tak berseri ni. Antara faktor utamanya ialah merokok, pengambilan ubat, suka minuman berkafein seperti kopi, teh serta pengambilan buah dan sayuran tertentu.

Untuk pengetahuan, siri pemutihan gigi Colgate ni ada 2 produk iaitu Ubat Gigi Pemutih Colgate Optic White O2 dan Pen Pemutih Gigi O2.

Apa yang menarik dengan ubat gigi ni ialah Colgate menggunakan teknologi Pemutihan Oksigen Aktif yang mampu memutihkan gigi mulai 3 hari penggunaan.

Bila gosok gigi pula, ubat gigi ni akan mengeluarkan berjuta-juta buih halus yang mengandungi oksigen aktif, so boleh rasa tingling sensation sikit. Tapi tak perlu risau, tu sebenarnya ialah buih Oksigen Aktif yang sedang bertindak balas untuk memutihkan gigi.

Sebelum tidur pula, kami gunakan Pen Pemutih Gigi O2, seperti ubat gigi pemutih O2, Pen Pemutih Gigi O2 turut didatangkan dengan teknologi Pemutihan Oksigen Aktif yang inovatif bagi membantu memutihkan gigi semasa korang sedang tidur.

Nak guna pun senang je, hanya perlu sapukan berus pen ni pada gigi kemudian tidur. Katanya dengan penggunaan konsisten dapat mencerahkan gigi sehingga 3 tona lebih putih.

Cara penggunaan:

Langkah 1: Selepas gosok gigi, keringkan gigi dengan tisu

Langkah 2: Klik belakang pen bagi mengeluarkan pati/cecair pen pemutih gigi

Langkah 3: Berus secara rata pada setiap gigi dan di celah-celah gigi

Langkah 4: Tidur dan biarkan serum Pemutih Gigi O2 bekerja

Kami sendiri dah try gabungan kedua-dua Ubat Gigi Pemutih Colgate Optic White O2 dan Pen Pemutih Gigi O2 dan kami boleh lihat sedikit perubahan pada gigi yang nampak kurang kekuningan.

Tak sabar nak guna lebih lama untuk hasil yang lagi menawan.

Kalau korang nak cuba, Ubat Gigi Pemutih Colgate Optic White O2 dan Pen Pergigian Colgate Optic White O2 Whitening, ia boleh didapati di pasar raya utama atau platform membeli-belah dalam talian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...