Berikutan peningkatan harga barang dan juga bahan mentah, ramai yang tampil mengadu mengenai kos sara hidup yang makin tinggi terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Satu perkongsian oleh seorang wanita yang dimuat naik di Facebook baru-baru ini telah mengundang perdebatan netizen apabila dia telah memuat naik resit bayaran makanan di sebuah restoran yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Dalam hantaran tersebut yang dimuat naik semula ke media sosial Twitter, wanita itu telah memesan nasi kandar berserta lauk ayam dan juga telur masin. Manakala minuman pula segelas air limau suam.
Apa pendapat anda? pic.twitter.com/wzZcEgZLWT
— Fabulist / Syfq (@_fabulistjiwa) May 23, 2022
Harga yang dikenakan pengusaha restoran berkenaan terhadap hidangan tersebut adalah sebanyak RM32.65 dan wanita itu turut menulis kapsyen ‘sebab tax katanya’.
Menjengah ke ruangan komen, ramai berpendapat bahawa harga yang dikenakan adalah munasabah kerana restoran berkenaan terletak di kawasan yang mempunyai kadar sewa yang mahal.
Kata netizen, ia bukanlah sebab harga barang yang semakin meningkat tetapi sudah kebiasaan pengusaha restoran di mana-mana lapangan terbang khususnya untuk meletakkan harga yang mahal.
Harga airport wey. Memang kena set jangkaan harga mahal. Aku kena gak haritu. Air tin RM6, teh o ais limau 4 ringgit, nasi lauk memang RM15 ke atas kalau ada satu lauk.
Dalam pada itu, ada juga yang menasihatkan agar orang ramai yang ingin berjimat untuk tidak sesekali makan dalam kawasan ‘airport’ kerana sememangnya mahal, malah harga untuk makanan segera juga dikenakan caj yang berbeza berbanding di luar.
BACA: (VIDEO) “Bau Tahi Ayam..” – Sewa Homestay Bayar RM300, Tapi Bila Sampai Keadaan Macam Rumah Usang