Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman yang telah pun meninggal dunia pagi hari (Jumaat) ini. Bekas pengacara TV3 yang berusia 61 tahun ini dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hotel di Sabah.
Tahun lepas, beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kompliasi buah pinggang dan paru-paru. Dilaporkan keluarga Allahyarham kini sedang menguruskan urusan membawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur untuk tujuan pengemubian.
Semoga Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah buat beliau.

Kak Desa
August 4, 2018 at 6:23 pm
cek dengaq cerita,dia meninggai sebab tertelan putik derian? betui ka? seriau cek!