‘Magnetic Putty’ Ditarik Semula Dari Pasaran Kerana Mengandungi Racun Berbahaya

Trending

‘Magnetic Putty’ Ditarik Semula Dari Pasaran Kerana Mengandungi Racun Berbahaya

Satu produk mainan kanak-kanak yang bernama ‘Magnetic Putty’ di tarik semula dari pasaran apabila produk itu dikatakan mengandungi racun arsenik tujuh kali ganda lebih dari had yang ditetapkan.

Mainan seperti lendir ini telah dijual di sekitar Northhamptonshire, tetapi kini telah dirampas oleh pihak berkuasa.

Advertisement

Produk yang dilabel ‘Magnetic Putty’ itu dikatakan mengandungi sebungkus lendir hitam dan juga kiub magnet kecil yang mana kanak-kanak boleh membentuk mengikut kreativiti mereka sendiri.

Organisasi kawalan standard dagangan Northampshire telah melakukan ujian dan mendapati produk itu mengandungi racun arsenik tujuh kali lebih dari had yang ditetapkan.

Kandungan itu boleh membunuh dengan cepat dan mampu menyebabkan kanak-kanak mengalami keracunan jika mereka termakan lendir hitam itu.

Keputusan ujian turut menunjukkan produk itu mangandungi 29 kali  kuasa magnet dan 2 kali ganda daripada jumlah yang dibenarkan.

Ia juga telah dilabel sebagai produk yang tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur dari 0 hingga ke 3 tahun.

Sumber : Daily Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...