Magic Noodle Salad; Mee Yang Bertukar Warna Dari Biru Ke Ungu….

Trending

Magic Noodle Salad; Mee Yang Bertukar Warna Dari Biru Ke Ungu….

Baru-baru ini sebuah restoran di Brooklyn Amerika Syarikat telah mendapat banyak perhatian dari netizen kerana satu menu menarik yang telah dikeluarkan. Thaimee at McCarren, sebuah restoran yang dibuka di McCarren Hotel & Pool menghidangkan makanan Thai telah memperkenalkan menu “Magic Noodle Salad” kepada pelanggan mereka.

Advertisement

Mee “magic” ini mendapat perhatian ramai kerana mee itu sendiri dapat bertukar warna dari warna biru kepada ungu ketika sedang menikmatinya. Mee yang juga diberi nama Yum Woon Sen Dork Un Chun ini dihidangkan dengan harga $12 adalah merupakan idea baru dari chef mereka, Hong Thaimee.

Seperti dapat dilihat di dalam video di atas, warna mee ini akan bertukar setelah ia dia diperah dan digaulkan dengan titisan air limau. Mee itu sendiri dicelupkan dengan cecair yang dihasilkan dari sejenis tumbuhan yang dipanggil butterfly pea flower bagi membolehkan ia bertukar warna ketika proses pembuatannya.

Mee ini dihidangkan sekali bersama tomato, bawang merah, bunga pudina dan sos pedas. Pengunjung juga boleh menambah topping seperti udang, udang galah atau ayam untuk bayaran yang berbeza.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...