Maggi Tiram Pok Weil Di Bachok, Kelantan

Trending

Maggi Tiram Pok Weil Di Bachok, Kelantan

Kemarin penulis dengan admin twt_kelantan telah pergi ke satu restoran yang menyediakan makanan yang berasaskan tiram ni kemayang bachok kelantan. Lokasi tidak la terlampau jauh dari bandar kota bahru. Lebih kurang 15 ke 20 minit sahaja.

Restoran yang berusia 2 tahun ini diusahakan oleh Pok Weil yang merupakan guru dikir barat di Kemayang. Menurut Pok Weil tiram yang disediakan di gerai beliau merupakan tiram segar yang diternak sendiri olehnya. Tiram yang dimasak akan dikutip pada pagi untuk dibersihkan dan diletakkan kembali kedalam air bersih supaya tiram segar dan sedia untuk dimasak.

Advertisement

Beroperasi dari pukul 1 petang hingga 12 malam. Gerai Maggi Pok Weil menyediakan lebih 18 makanan berasaskan tiram. Kami sempat mencuba tomyam tiram, tiram segar, tiram celup tepung, tiram air asam dan tiram goreng tepung. Harga boleh dikatakan murah berbanding tempat lain. Dalam bersembang dengan Pok Weil beliau ada berkata “Kita jual murah dari orang lain, biar orang puas hati. Tak kan kita nak orang datang sekali je makan dekat sini”

Lokasi Gerai Maggi Tiram Pok Weil terletak di Jalan Gong Batu, Kemayang, 16320 Bachok, Kelantan.
Lokasi dekat kampung. Better pakai waze dan set map foursquare
Kalau dari jauh dan hendak buat tempahan. Boleh call terus Pok Weil 0139442711

photo 1

CZp2QlbUAAAZ-51

CZp2Qv7VIAAX82B

CZp2QyWUEAET6O7

CZpq5nTVIAA3SRH

CZpq5nyUMAAFad2

CZpq5pBUcAArRC5

CZpyTe6UYAAYUOG

CZpyTm3VIAAuy7H

CZpyUfQUMAAPKMp

CZpzXnHUMAApGYC

photo 2

photo 3

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...