Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mael XPDC Dera Anak, Kini Ditahan Reman Oleh Pihak Polis

mael xpdc

Kalau anda semua baca suratkhabar hari ini, ada kisah seorang penyanyi rock yang ditahan reman oleh pihak polis kerana mendera anaknya. Mesti korang tertanya-tanya kan siapakah penyanyi rock tue kan? Jawapannya tak lain tak bukan ialah Mael XPDC. Tapi dari info yang kami dapat, apa yang Mael lakukan bukanlah satu penderaan.

Advertisement

Mael XPDC dan isterinya tinggal berasingan sebab ada masalah sikit. Sebagai seorang ayah, Mael pun datanglah ke rumah isterinya untuk melawat si anak. Nak bertanya khabar. Tapi sayangnya si anak buat “derk” dan tak mahu bersalaman dengan si ayah. Kalau kami pun confirm bengang. Disebabkan marah dengan sikap kurang ajar si anak, maka Mael pun memukul anaknya dengan tangan. Si anak pun apa lagi. Terus mengadu kat si mak dan si mak pun terus buat report polis.

Kalau didapati bersalah, Mael XPDC boleh didenda RM1000 atau penjara 6 bulan. Korang fikirkanlah sendiri patut ke tak patut si Mael nie pukul anaknya untuk bagi pengajaran supaya hormat kat orang tua. Bukan orang lain pun, ayah dia sendiri.

Info yang kami dapat ini tidak dapat dipastikan kebenarannya. Tapi kemungkinan besar tue betullah. Kalau ada info terbaru akan kami updatekan nanti.
nike liberto

P.S: World Cup 2010 dah nak start dah. Apa kata korang gunakan vsHub untuk beli kasut bola Nike CTR360 Libretto nie. Kitorang dah ushar harga kat Malaysia. Harga dia dalam RM500 ringgit. Tapi kalau beli kat Amazon cuma dalam 50 USD. Tambah tolak kos penghantaran vsHub paling tinggi pun RM300 je. Dah jimat RM200 tue beb. Tunggu apa lagi. Mari bershopping World Cup 2010 dengan vsHub.

P.P.S: Kalau nak tahu lebih lanjut pasal vsHub, kami cadangkan anda baca artikel dari saudara Rohaizad nie. Ringkas, padat dan penuh informatif.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top