Mael Totey The Movie Catat Sejarah Filem Terlaris Astro First Selepas Berjaya Raih Kutipan RM6.4 Juta

Hiburan

Mael Totey The Movie Catat Sejarah Filem Terlaris Astro First Selepas Berjaya Raih Kutipan RM6.4 Juta

Filem komedi Mael Totey The Movie (MTTM) kini berjaya mencatat sejarah apabila karya itu menerima kutipan sebanyak RM6.4 juta selepas 23 hari ditayangkan sejak 23 Oktober lalu.

Advertisement

Perkara itu diumumkan di program Gegar Vaganza yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse semalam.

Lebih membanggakan, menurut laporan Gempak, kutipan itu juga telah berjaya memecah rekod filem Box Office seperti Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris di Astro First sebelum ini.

Rentetan itu, pengarahnya Syahmi, dalam sebuah posting di laman Instagramnya menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang tidak putus-putus memberi sokongan terhadap karya yang dihasilkannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga dilihat berbangga dengan pencapaian pengarah muda itu, malah mereka juga dilihat turut menyeru supaya beliau terus menyajikan sesuatu yang hebat lagi pada masa akan datang.

Bahkan, ramai juga dalam kalangan pengikutnya yang dilihat seoah tidak puas menonton sehingga mahu melanggan berulang kali.

Terdahulu, MTTM mencatatkan kutipan memberangsangkan apabila filem itu berjaya meraih kutipan RM5 juta selepas 12 hari ditayangkan.

Syabas dan tahniah kami ucapkan.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...