Madammu Hadiahkan ‘Diamond’ Pertama Buat Anak Tiri – “Madam Ibu Tiri Terbaik No Syatu”

Trending

Madammu Hadiahkan ‘Diamond’ Pertama Buat Anak Tiri – “Madam Ibu Tiri Terbaik No Syatu”

Usahawan kosmetik dan pempengaruh terkenal, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri, meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dapat menghadiahkan permata pertama buat dua anak tirinya, Zahara dan Qally, yang kini bakal menginjak usia 18 dan 17 tahun.

Dalam perkongsian video di TikTok, Madammu turut berkongsi bahawa dia membeli sebentuk cincin berlian berbentuk Tear Drop sebagai simbol ulang tahun kelahirannya yang ke-36, yang menurutnya penuh dengan pelbagai cabaran serta “air mata.”

Advertisement

Di ruangan komen, ramai netizen kagum dengan sikap penyayang Madammu terhadap anak-anak tirinya. Malah, ada yang bergurau kononnya bakal suami Zahara dan Qally nanti perlu lebih berada kerana hadiah pertama mereka sudah berupa berlian.

Antara komen netizen:

  • “Bakal suami nanti kena lebih kaya dari Madam ya, sebab Madam bagi diamond dulu 🤣.”

  • “Terasa hina, ingat first diamond tu Madam nak belikan pen 😭.”

  • “Patutlah murah rezeki, Madam selalu bahagiakan keluarga.”

  • “Madammu ibu tiri terbaik nombor satu, high respect!”

Untuk rekod, Madammu berkahwin dengan Muhammad Azri Che Noh, seorang duda anak tiga yang kehilangan isteri. Hasil perkahwinan itu, beliau mempunyai tiga anak tiri bernama Zahara, Qally dan Ahmadhi. Pasangan ini kemudian dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Kayden, yang lahir menerusi kaedah in vitro fertilization (IVF).

madammu
2024-01-05 16:48:47

"Seronok Lihat Netizen, Kelakar.." - Beli Semua 'Seat' Di Pawagam Hanya Gurauan, Madammu Tak Ambil Hati Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...