Mengandung bukan sekadar detik indah menanti cahaya mata, tubuh wanita turut diuji dengan perubahan besar, termasuk naik turun hormon dan perubahan fizikal sepanjang sembilan bulan membawa nyawa kecil dalam rahim.
Pengguna Twitter, FLS (@ayyitslala), tampil berani berkongsi pengalaman kehamilannya yang menyebabkan kulit wajahnya dipenuhi jerawat bernanah.
FLS berkongsi kisahnya secara terbuka untuk memberi kesedaran bahawa setiap kehamilan berbeza. Dia mahu ibu-ibu yang senasib tahu bahawa mereka tidak keseorangan.
FLS mengalami jerawat wajah akibat kehamilan, berpunca daripada hormon progesteron yang meningkat, menyebabkan minyak berlebihan dan pori tersumbat. Kalau sesetengah ibu berseri waktu hamil, ada juga yang diuji dengan breakout teruk.
I nak share my pregnancy journey, bersyukur tak ada morning sickness dari start pregnant sampai now dah 8 bulan. Tapi muka i berubah 100%. From this to this.
p/s : kalau tak ada benda baik nak cakap pls jangan reply. Please ada rasa empathy . I cuma nak luah perasaan je pic.twitter.com/dF1hmkPqdq
— FLS (@ayyitslala) May 17, 2025
Kini hamil lapan bulan, FLS tidak mengalami alahan pagi seperti kebanyakan ibu mengandung. Namun, sejak bulan kedua, wajahnya mula berubah drastik , dipenuhi jerawat hingga terasa seperti terkena selaran matahari, malah hidungnya juga kelihatan bengkak. Tiada satu pun produk skincare yang berjaya membantu.
Dia turut berkongsi bahawa garisan senyumannya menjadi semakin dalam, menjadikannya kelihatan seperti seorang wanita tua.
Namun begitu, dia bersyukur mempunyai suami yang sangat menyokong dan sering mengingatkannya bahawa keadaan itu hanya sementara.
Suaminya sentiasa memberikan kata-kata semangat dan keyakinan, termasuk memberitahu bahawa dia tetap cantik di matanya walau dalam keadaan apa sekalipun.
Dia turut mengingatkan orang ramai agar tidak menganggap kehamilan itu satu perkara mudah kerana setiap wanita akan melalui pengalaman yang berbeza-beza.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.