Baru-baru ini tidak senang hati rakan artisnya dilabel itu ini, pelakon Shah Radhi tampil mendedahkan karakter Sofia Albarakbah yang sebenar. Katanya, aktres itu bukan lah seperti apa yang dianggap oleh netizen.
Kata aktor ini, dia telah lama mengenali Sophia semenjak kawannya itu masih belum dikenali ramai dalam industri seni itu. Baginya, Sophia merupakan seorang yang lemah lembut dah sopan, tidak seperti yang dikatakan netizen.
Saya kenal dia macam mana.
Dia memang lemah lembut, baik, sopan. Orang kata macam wanita Melayu terakhir.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, Shah turut menafikan dirinya hanya memuji Sophia kerana inginkan populariti. Katanya, dia tidak percaya dengan kontroversi yang melibatkan aktres tersebut dan percaya perwatakan pelakon drama bersiri Suamiku Lelaki Pendosa itu memang tidak berubah dari dulu.
Sebelum ini, pelakon Shahz Jaszle juga turut tampil menyatakan perkara yang sama. Menurutnya, Sophia tidak patut digelar sebagai penyondol.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.