“Macam VIP..” – Abang, Kakak Hanya Tahu ‘Melawa’, Adik Luah Rasa Sedih Bertungkus Lumus Buat Persiapan Raya

Kehidupan

“Macam VIP..” – Abang, Kakak Hanya Tahu ‘Melawa’, Adik Luah Rasa Sedih Bertungkus Lumus Buat Persiapan Raya

Sebuah perkongsian meruntun hati baru-baru ini telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen berikutan sikap adik-beradik yang pulang berhari raya di kampung namun bersikap mementingkan diri sendiri.

Luahan hati yang dihantar seorang individu kepada personaliti TV Fedtri Yahya itu kemudiannya menjadi tular di media sosial.

Advertisement

Ini berikutan individu itu yang juga anak bongsu itu menzahirkan rasa penat  apabila adik beradiknya yang lain seolah-olah lepas tangan dan berlagak seperti ‘tetamu VIP’ apabila pulang ke kampung.

Kata wanita itu lagi, semua persediaan untuk menyambut hari raya Aidilfitri seperti memasak dan mengemas dilakukannya sendiri manakala adik beradiknya yang lain hanya tahu ‘melawa’.

Malah, abang kakaknya bukan sahaja tidak menghulurkan tangan untuk membantu tetapi juga tidak membantu dari segi kewangan.

Sudahlah tak bagi duit dapur untuk ibu, tak tolong masak. Datang macam tetamu VIP.

Bukan saya saja pening, ibu pun pening tapi dia hanya boleh diam tak boleh kata apa-apa, nanti sentap.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi situasi yang sama dengan wanita itu.

twitterSumber : Twitter  

Rupa-rupanya ramai juga yang terpaksa membuat segala kerja rumah tanpa dibantu adik beradik lain yang mementingkan diri sendiri sehingga membuatkan orang lain makan hati.

BACA: “Bagusnya Jujur” – Penerima Bantuan Dipuji, Buat Surat Rasmi Dah Tak Mahu Terima Zakat Lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...