Hanya kerana mengajak rakyat untuk turun mengundi di media sosial, pengusaha sambal dan pensohor Instagram terkenal, KhairulAming nampaknya ‘terciduk’ dek gurauan kasar pengikutnya di Twitter.
Dalam hantaran Khairulaming yang kemudiannya menjadi tular itu, dia dilihat telah meminta rakyat Malaysia untuk turun mengundi dan memaklumkan bahawa urusan berkenaan hanya mengambil masa yang singkat untuk dilaksanakan.
Rata-rata netizen menyambut baik seruan pengusaha Sambal Nyet itu namun satu komen ini telah berjaya menarik perhatian netizen.
Best tak beratur? Macamtu la kitorang rasa masa beli sambal
— Pagheez ?? ?? (@pareez__) November 19, 2022
Best tak beratur? Macam tu lah kitaorang rasa masa beli sambal.
Tidak melatah dengan gurauan tersebut, Khairulaming tetap membalas komen netizen itu dengan ‘Gif’.
Warga maya turut terhibur dengan komen tersebut dan merasakan ia sebagai ‘relatable’ dengan situasi ketika membeli Sambal Nyet di platform membeli belah atas talian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.