“Macam Tu Je Kes Settle” – Netizen Berang Jabatan Agama Islam Tak Tegas Isu Pengkid Berihram Di Mekah

Kehidupan

“Macam Tu Je Kes Settle” – Netizen Berang Jabatan Agama Islam Tak Tegas Isu Pengkid Berihram Di Mekah

Terdahulu, kecoh tentang seorang pengkid pergi ke Mekah dengan memakai ihram yang menimbulkan kemarahan dalam ramai pihak.

Namun, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin tampil menjelaskan bahawa kes tersebut sudah selesai hampir sebulan lalu.

Advertisement

Tambahnya lagi, pendekatan seperti sesi kaunseling turut dikenakan ke atas wanita terbabit berikutan kes berkenaan.

Tidak semestinya dalam kita mencegah sesuatu, ia perlu bersifat suatu hukuman, tangkap, apatah lagi mendera kerana ada kaedah lain yang boleh kita buat tambahan pula dia dan keluarganya berikan kerjasama yang sangat baik dengan datang sendiri kepada kita.”

Dalam pada itu, Mohd Yusop juga percaya wanita itu telah insaf dan sedar dengan kesilapan yang dilakukan.

Mudah-mudahan dia sedar kesilapan yang dilakukannya serta insaf. Pada saya jika dia tidak insaf dan rasa bersalah, dia takkan datang pun kepada kita sebaliknya mereka datang dengan sukarela.”

Kes itu turut dikongsikan menerusi laman Instagram Jabatan Netizen Negara dan mendapat reaksi negatif daripada warganet yang berpendapat Jabatan Agama Islam tidak tegas dalam memberikan hukuman berkaitan isu agama.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

2 years ago

"Ini Melibatkan Hukum Hakam Agama" - 'Pengkid' Pakai Ihram, Menteri Agama Maklum Tindakan Tegas Akan Dikenakan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...