Usahawan terkenal, Dato Seri Vida sekali lagi menjadi bualan netizen apabila baru-baru ini dia mengatakan dirinya seolah-olah ditipu di London.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok milik usahawan itu, ia memaparkan Dato Seri Vida sedang bersiar-siar di kota London menaiki sebuah beca.
Ketika ingin membuat pembayaran, usahawan tersebut memberitahu dia dikenakan caj sebanyak 200 GBP bersamaan RM1.3 ribu.
Usahawa itu menyifatkan caj yang dikenakan sangat tidak masuk akal kerana dia menaiki beca tersebut kurang dari 15 minit.
Rata-rata netizen mempertikai tindakan usahawan itu yang tidak bertanya mengenai caj yang akan dikenakan sekiranya menaiki beca tersebut.