Umum mengetahui isu makanan mahal kini menjadi tumpuan orang ramai dek kerana harga yang dikenakan oleh sesetengah peniaga kandangkala sangat tidak masuk akal.
Berkongsi nasib yang sama, seorang pengguna media sosial telah memuat naik satu hantaran berkongsi tentang pengalamannya yang terkejut dengan harga makanan yang dikenakan.
Difahamkan, dia telah memesan mi sup ikan di sebuah restoran di Sibu namun terkejut ketika ingin membuat pembayaran di kaunter.
Saya check semula resit dan tanya dekat peniaga kenapa harga mi sup mahal sangat?
Kemudian, peniaga itu memaklumkan mi sup yang dipesan adalah dimasak dengan menggunakan jenis ikan patin yang berharga RM190 per kilogram.
Malah, menurut laporan Kosmo, peniaga itu turut mempersoalkan mengapa pelanggannya itu tidak bertanyakan soal harga pada awalnya.
Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan harga yang dikenakan peniaga tersebut yang disifatkan sengaja mengambil kesempatan mengenakan harga yang mahal.
“Macam tipu je, jarang la peniaga nak guna ikan patin mahal untuk berniaga, bukan seekor pun dalam mi sup tu, harga semangkuk macam untuk makan lima orang,” tulis seorang netizen.
“Apa maksud dia pelanggan tak tanya harga dulu, bukan diorang yang patut sediakan harga makanan untuk pelanggan tengok?,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.