Penyanyi popular Ernie Zakri mengakui dia kadangkala terlupa dirinya kini sedang hamil. Akibat terlalu sibuk menyelesaikan tuntutan kerja, dia tidak mendapat rehat yang cukup hingga menjejaskan kesihatan dan kandungannya.
Ernie atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri berkata kini kandungannya sudah mencecah usia lima bulan, alahan sudah tidak ada cuma bila terlalu penat, badannya akan beri warning agar berehat.
Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Ku Bersuara itu memaklumkan sudah dua hari dia berehat di rumah dan berasa lega dan makin pulih, mungkin kerana kepenatan bekerja. Ernie yang sebelum ini berkata dirinya sangat aktif, boleh membuat dua tiga kerja dalam sehari dan boleh duduk di set berbelas jam.
Saya dah macam terlupa yang saya tengah mengandung dan masih in denial rasa boleh aktif macam dulu… jadi selepas ini saya kena beringatlah.
Ernie, 29, berkata keadaan kesihatannya kurang baik kerana tidak mendapatkan rehat yang secukupnya.
Menerusi hantaran InstaStory, Ernie yang baru pulang dari Kuala Lumpur dari Pulau Pinang perlu bekerja keesokkan harinya. Dia mengakui dia perlu perlahan-lahan menerima keadaannya tidak sama seperti dulu. Sekarang dia perlu memilih kerja bagi menjaga kandungannya.
Rasanya saya patut dengar badan saya, mesti baby pun sedih ibu tak rest semalam.
Dalam pada itu, Ernie memberitahu dia sudah membuat pemeriksaan dan mendapatkan nasihat doktor mengenai keadaan kesihatannya. Justeru itu, dia akan lebih berpada-pada bekerja dan akan mengutamakan kesihatan bayi dalam kandungan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.