Macam Teleskop Dalam Poket! HUAWEI Pura 80 Ultra Hadir Dengan Kamera Telefoto Dwi Boleh Tukar Pertama Dalam Industri!

Branded

Macam Teleskop Dalam Poket! HUAWEI Pura 80 Ultra Hadir Dengan Kamera Telefoto Dwi Boleh Tukar Pertama Dalam Industri!

HUAWEI memperkenalkan Pura 80 Series yang lebih dari sekadar smartphone biasa tetapi kenyataan gaya untuk mereka yang kreatif dan menonjol.

Dari Dazzling Forward Symbol dengan Sunburst Pattern menyerlah kepada Glazed Textures, setiap perincian melambangkan sisi elegan tersendiri.

Nak tahu apa yang lebih mengagumkan dan ditunggu-tunggu ramai? Semestinya Kamera Telefoto Dwi Boleh Tukar pada model HUAWEI Pura 80 Ultra untuk merakam setiap momen berharga, dekat atau pun jauh, walaupun ketika waktu malam.

Sistem kamera pada model Ultra

Cuba korang bayangkan dapat guna sendiri fungsi kamera teleskop, tapi kali ini pada smartphone!

Pura 80 Ultra adalah kamera dual telefoto boleh tukar yang menjadi penanda aras baru dalam teknologi pengimejan telefon pintar.

Dikuasakan oleh modul telefoto yang dibangunkan sendiri oleh HUAWEI, kamera ni datang dengan shutter mekanikal yang boleh tukar antara dua laluan optik.

Zoom? Memang padu, smartphone ini boleh zoom 3.7x dan 9.4x secara optikal guna sensor sebesar 1/1.28 inci. Tukar fokus dari dekat ke jauh pun smooth gila, takde sangkut-sangkut!

Kenapa teknologi ini penting?

Mesti ramai tertanya-tanya, apa masalahnya dengan kanta smartphone biasa? Kalau nak tahu, smartphone biasanya menggunakan kanta telefoto dengan sensor berbeza saiz.

Ini menyebabkan kemasukan cahaya berbeza, hasilnya warna dan keterangan bertukar ketika zoom.

Solusi cara HUAWEI

HUAWEI Pura 80 Ultra menggunakan dual telefoto boleh laras di mana dua kanta mempunyai sensor yang sama iaitu 1/1.28 inci.

Sensor yang sama ini memastikan pencahayaan, kejelasan dan zoom optikal tanpa menjejaskan kualiti imej.

Kamera dual telefoto ini cukup sesuai digunakan untuk beberapa fungsi seperti berikut:

Dengan ciri Night Zoom smartphone ini terbina, boleh tangkap gambar waktu gelap yang tetap terang dan jelas

Sesuai untuk city view waktu malam, camping dalam gelap, bangunan tinggi atau suasana dalam akuarium.

Bagi kaki konsert, ini model smartphone mesti ada! Duduk belakang pun rasa macam seat VVIP guys! Zoom telefoto ultra-jelas buatkan vibe konsert tetap terasa walaupun dari jauh.

Nak tangkap aksi sukan dari jauh, tapi nak hasil masih sharp? Inilah jawapannya. Jaringan gol bola, smash badminton, shoot basketball, semua boleh snap dengan fokus walaupun subjek berkelajuan tinggi.

Selain itu, nak zoom dekat nampak detail halus, nak zoom jauh pun tetap wow. Sesuai untuk gambar seni bina, view alam semula jadi atau pemandangan bandar yang epik.

HUAWEI Pura 80 Ultra: Bila Telefon Dah Rasa Macam Kamera Filem Profesional

HUAWEI Pura 80 Ultra juga datang dengan kamera 1-inci Ultra Lighting HDR ni memang setanding kamera profesional. Hasil gambar pun tak akan mengecewakan.

Kalau korang fikir kamera telefon dah sampai tahap maksimum, HUAWEI Pura 80 Ultra datang untuk cabar sangkaan itu.

Dengan dynamic range 16EV, ni adalah tahap tertinggi pernah ada dalam mana-mana telefon pintar sekarang.

Kebanyakan telefon flagship sekarang cuma ada HDR dalam julat 10 ke 14EV. Yang paling power pun setakat 14EV. Tapi Pura 80 Ultra pergi lagi jauh, sampai 16EV!

Macam mana HUAWEI buat semua ni?

Semuanya hasil gabungan kamera Ultra Lighting HDR bersaiz 1 inci dan teknologi Triple Light Enhancement yang HUAWEI bangunkan sendiri. Kamera ni boleh beradaptasi dengan keadaan cahaya secara automatik.

Video? 3 kali lebih banyak cahaya masuk berbanding model smartphone yang dikatakan antara terbaik di pasaran.

Gambar? 8 kali ganda lebih terang. Ini bukan sekadar ‘catching up’, ini redefinisi kamera telefon.

Situasi yang memang paling ngam dengan Pura 80 Ultra:

Korang boleh ambil gambar masa sunrise atau sunset di pantai, atau potret indoor tepi tingkap kafe. Gambar tetap terang dan detail, tak perlu risau siluet atau overexpose.

Nak tangkap gambar fire show ketika bercuti, konsert bonfire atau suasana camping? Kamera ni kekal perform hasilkan gambar terbaik tanpa kelam-kabut walau lighting ekstrem.

Dari bunga api, pentas konsert sampai suasana lampu neon waktu malam dalam bandar semuanya nampak terang, penuh warna dan real dengan HUAWEI Pura 80 Ultra. Color dia hidup walaupun lighting kurang.

Tangkap satu gambar yang ada shadow gelap tapi still nampak detail, sambil part terang kekal cantik. Kamera ni boleh handle transition tu tanpa sebarang masalah.

Sistem Kamera Model Pro Pun Tip Top

Kamera Ultra Lighting 1 Inci di HUAWEI Pura 80 Pro menggunakan sensor besar yang sama seperti dalam model Ultra buatkan gambar malam atau low-light nampak terang, penuh warna dan tepat.

Dengan teknologi Ultra Chroma, warna jadi lebih semula jadi, tak kira siang atau malam. Gambar malam pun dah macam shoot dengan DSLR profesional.

Kamera Ultra Lighting Macro Telefoto

Dengan adanya aperture F2.1, kamera ni boleh serap 40% lebih cahaya dari kamera biasa. Hasilnya? Gambar lebih cerah dan sharp walaupun cahaya rendah.

Zoom yang fleksibel, dari 1x sampai 20x. Nak tangkap objek sedekat 5cm pun boleh, sesuai untuk close-up detail macam tekstur makanan, bunga atau kulit produk.

Tak keterlaluan nak kata ini model Pro paling mantap setakat ni.

Fungsi AI Yang Bukan Sekadar Kamera

Siri HUAWEI Pura 80 ni bukan main-main dengan teknologi AI dia.

Korang dapat pengalaman lebih smooth dan pintar dengan ciri seperti:

-AI Imaging untuk ekspresi muka terbaik.

-AI Smart Control adalah ciri berimpak paling besar yang membolehkan akses kepada fungsi mengikut citarasa pengguna seperti kamera, flashlight atau AI lens dengan dua tap sahaja. Pengecaman cap jari dipertingkatkan untuk ciri keselamatan lebih ampuh untuk penggunaan tanpa gangguan.

-Air Gesture membolehkan swipe tanpa menyentuh skrin secara fizikal

-AI Messaging pula akan menyembunyikan preview mesej apabila mengesan pengguna lain selain korang memerhati skrin.

-AI Quiet Call, AI Noise Cancellation masa call.

-Live Translate real-time

Semua ni buatkan telefon rasa lebih personal, lebih mudah dan lebih fun.

Tahan Lasak & Bateri Tak Mengecewakan

Pura 80 Ultra guna 2nd-Gen Crystal Armor Kunlun Glass – 25 kali lebih tahan lasak, 16 kali lebih tahan calar. Model Pro pun pakai kaca Kunlun generasi ke-2 – 20 kali lebih tahan dari kaca biasa.

Bateri besar 5,170 mAh. Nak cas? Guna 100W wired atau 80W wireless Huawei SuperCharge. Laju, senyap dan tak panas.

AppGallery Pun Dah Lengkap

Nak Netflix? Nak apps Google? Semua boleh install melalui HUAWEI AppGallery. Tak perlu risau pasal aplikasi, semua dah tersedia. Boleh binge watching tanpa risau lepas ni.

AppGallery menawarkan pilihan yang dikurasikan mengikut trend terkini dan keperluan pengguna. Terdapat juga app yang boleh dimasukkan ke dalam wishlist dan pengguna akan diberikan notifikasi apabila app berkenaan sudah boleh didapati.

Tak kira sama ada menggunakan smartphone, laptop atau apa jua peranti, AppGallery menawarkan penggunaan tanpa gangguan merentasi peranti HUAWEI.

Dapatkan pada harga RM4,599

Pratempah HUAWEI Pura 80 Series untuk korang mulakan jelajahi dunia sama ada pencakar langit atau suasana malam mempesona mahu pun shot makro ultra terperinci.

Model ini boleh didapati dari harga RM4,599 dan nikmati hadiah percuma bernilai RM1,428 termasuk HUAWEI FreeBuds Pro 4 dan 1 tahun HUAWEI Care+ untuk perlindungan tambahan.

Dapatkan HUAWEI Pura 80 Series di:

HWS: https://bit.ly/4fmJbuA

Shopee: https://bit.ly/4756yX9

Lazada: https://s.lazada.com.my/a.bSvLN

TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSB5yoCfD/

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...