“Macam Takde Maruah” – Wanita Dikecam Peluk Afgan Di Konsert, PU Syed Beri Nasihat ‘Pedas’

Hiburan

“Macam Takde Maruah” – Wanita Dikecam Peluk Afgan Di Konsert, PU Syed Beri Nasihat ‘Pedas’

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan telah selesai mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 17 Disember lalu dan seperti yang dijangka, ramai peminat berpuas hati dengan persembahan penyanyi bersuara lunak itu.

Konsert Afgan Evolution tersebut telah dijayakan di Dewan Plenary, KLCC itu turut menyaksikan seorang peminat bertuah telah mendapat kejutan istimewa daripada Afan kerana kebetulan turut menyambut hari kelahirannya pada malam itu.

Advertisement

Namun, tindakan Afgan yang memeluk peminat wanita itu sambil menyanyikan lagu hari jadi telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen dan juga pendakwah bebas, PU Syed.

PU Syed dilihat telah memberikan respon berbaur teguran terhadap tindakan penyanyi dan juga peminatnya yang tidak segan silu berpelukan, apatah lagi wanita itu merupakan seorang muslimah bertudung.

Perbuatan dosa disorak-sorak, beri tepukan gemuruh, apa nak jadi dengan kita? Tengok bagaimana dosa itu diraikan dan dianggap sesuatu yang tiada masalah sekadar peminat dan juga artis.

PU Syed juga meluahkan rasa bimbang dan meminta penganjur konsert agar lebih berhati-hati terutamanya dalam aspek batas pergaulan antara lelaki dan wanita.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Uyaina Arshad PU Syed
2 years ago

"Minta Dua Orang Ni Bertaubat!" - Buat TikTok Masuk Neraka, PU Syed Tegur Uyaina Arshad Di IG?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...