“Macam Tak Muat Je Masuk Kereta” – Gara-Gara Tayang Pandu Ferrari, Erma Fatima Kena “Body Shaming”

Hiburan

“Macam Tak Muat Je Masuk Kereta” – Gara-Gara Tayang Pandu Ferrari, Erma Fatima Kena “Body Shaming”

Ditegur supaya menguruskan badannya selepas gara-gara cuba memandu sebuah kereta sport jenis Ferrari, pengarah dan pelakon, Erma Fatima khabarnya disindir segelintir pengikutnya di laman Instagram berikutan tubuhnya yang sedikit gempal seakan tidak sesuai memandu kenderaan tersebut.

“Macam Tak Muat Je Masuk Kereta” - Gara-Gara Tayang Pandu Ferrari, Erma Fatima Kena "Body Shaming"

Advertisement

Menurut Erma dia hanya mahu cuba pandu kereta tersebut dan tiada keinginan untuk memilikinya.

“Dah nampak macam poyo tak tentu hala tak? Ha..ha ha ha.. Aku tak pernah bermimpi apa lagi dalam senarai nak beli kereta ni. Beli kereta bukan hobi aku tapi ni saja nak ‘bakar’ kau orang.”

Erma berkongsi sepotong video dirinya memandu kenderaan itu di akaun Instagram miliknya.

“Macam Tak Muat Je Masuk Kereta” - Gara-Gara Tayang Pandu Ferrari, Erma Fatima Kena "Body Shaming"

Biarpun begitu, menjengah ke ruangan komen, seperti sudah dijangka, rata-rata pengikutnya tampil memberikan pendapat bahawa kereta itu langsung tidak sesuai dengan Erma kerana badannya yang didakwa besar berbanding tempat pemandu yang dilihat kecil.

erma fatima

“Badan besar tak comel naik keta jenis ni macam sempit mintak maaf ye teguran ikhlas.”

Malah ada juga yang menyeru supaya Erma menguruskan berat badannya.

erma fatima

erma fatima erma fatima

 “Allahuakhbar…faham Kak Erma artis tapi macam perlukan nasihat untuk fesyen. Maaf just nak bagitahu ikhlas kuruskan lah badan sedikit.”

“Macam Tak Muat Je Masuk Kereta” - Gara-Gara Tayang Pandu Ferrari, Erma Fatima Kena "Body Shaming"Biarpun menerima komen kurang enak daripada netizen, Erma bagaimanapun dilihat langsung tidak cepat melatah kerana beliau khabarnya membalas setiap komen yang ditinggalkan oleh individu tidak bertanggungjawab tersebut dengan penuh profesional.

Di samping itu, ramai juga tidak bersetuju dengan cara teguran-teguran tersebut kerana dilihat seperti sengaja mahu memalukan Erma.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...