“Macam Tak Ada Kedai Lain” – Jadi Tempat Persinggahan Geng RXZ, Kedai ‘Akak Air Buah’ Kembali Meriah

Kehidupan

“Macam Tak Ada Kedai Lain” – Jadi Tempat Persinggahan Geng RXZ, Kedai ‘Akak Air Buah’ Kembali Meriah

Pasti ramai yang mengetahui tentang sebuah kedai makan yang pernah viral di Setiu, Terengganu oleh kerana seorang pelayan air buah dikenali sebagai Darlene yang menjadi tumpuan orang ramai.

Setelah sekian lama menyepi, kini kedai tersebut kembali meriah apabila dijadikan tempat persinggahan geng motosikal selepas menyertai program ‘Members of RXZ’.

Advertisement

Difahamkan, rata-rata peminat permotoran dan pemilik motosikal RXZ dari seluruh pelusuk Malaysia, Singapura dan Thailand mula turun ke Terengganu bagi menyertai program yang diadakan secara besar-besaran itu.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, ada yang bergurau mengatakan tindakan mereka menjadikan kedai itu sebagai tempat persinggahan seperti sengaja mencetuskan ‘perang’.

Ambik video banyak-banyak… ada yang perang dunia nanti – netizen.

Macam tak ada kedai lain nak singgah, saja cari pasal,” tulis seorang warganet.

Bang tolong ye laki saya baru nak beli motor ni kang tak pasal-pasal beli kain kapan je” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Saya Rasa Tak Adil.." - Kini Bekerja Di Dapur, 'Akak Air Buah' Kecewa Ramai Pelanggan Lelaki 'Terlepas'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...