Drama baharu “Mandul Bukan Pilihan” mencetus kontroversi apabila menampilkan babak watak utama, lakonan Mira Filzah, menjalani proses ibu tumpang (surrogacy), sesuatu yang jelas bertentangan dengan hukum Islam.
Netizen mempersoalkan keputusan produksi menampilkan jalan cerita sedemikian dalam drama arus perdana, apatah lagi ia melibatkan pelakon berhijab dan berimej Muslimah seperti Mira.
Kenapa perlu normalisasikan perkara yang jelas haram dalam Islam?
Ramai turut berpendapat isu kesuburan sepatutnya ditangani dengan lebih sensitif dan berpandukan syariat, bukan dengan memaparkan solusi bertentangan hanya untuk drama.
Billlllllll..thank you abg Osman..selitkan “haram” guna ibu tumpang #MandulBukanPilihan pic.twitter.com/ZB3YSO68Rw
— 완 라키아 (@wanraqia) August 6, 2025
Walau bagaimanapun, jika diperhatikan dengan lebih teliti, sebenarnya pengarah drama berkenaan ada menyelitkan fatwa dari JAKIM sendiri mengenai hukum haram untuk prosedur ibu tumpang ini dalam episod yang sama. Malah Mira Filzah sendiri telah menegaskan mengenai hukum ini menerusi entri Instagram terbarunya.
View this post on Instagram
Walaupun ada yang berhujah bahawa drama itu sekadar fiksyen, penonton tetap bertegas bahawa pengaruh media arus perdana besar kesannya terhadap pemikiran masyarakat, khususnya golongan muda.