“Macam Shuk Versi Sado” – Bekas Isteri Shuk Sahar Kongsi Momen Bertunang Dengan Jejaka Sasa

Hiburan

“Macam Shuk Versi Sado” – Bekas Isteri Shuk Sahar Kongsi Momen Bertunang Dengan Jejaka Sasa

Usahawan dan bekas isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera ada berkongsi momen dia disarungkan cincin oleh seorang wanita ketika berada di atas pelamin.

Rossa atau nama sebenarnya Rossalenah Natassyiah Assahaferah kelihatan berseri memakai baju kurung berona ungu gelap dan turut mengangkat tangan tanda gembira setelah bergelar milik orang.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@rossa.sera)

Dia juga memohon doa yang baik daripada pengikutnya di media sosial.

Rossa Sera juga ada berkongsi foto bersama seorang jejaka bertubuh sasa yang berpakaian sedondon dipercayai tunangnya namun ditutup dengan emoji hati.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengucapkan tahniah kepada Rossa Sera di atas berita gembira itu.

Terdahulu, Rossa dan bekas suami Shuk Sahar telah berakhir dengan perceraian pada 222 Mac lalu setelah rumah tangga mereka dilanda kemelut dengan kehadiran orang ketiga yang bernama Fara Saleh.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata  yang kini berusia 7 dan 4 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuk Sahar Fara Saleh
6 months ago

"Part Kau Emoji Dengan B*tina Lain Boleh??" - Fara Saleh Terima Ugutan Daripada Shuk Sahar Gara-Gara Lelaki Komen Di Foto Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...