Baru-baru ini tular satu video berdurasi 40 saat dimana memaparkan seorang lelaki sedang cuba untuk melintas jalan raya secara tiba-tiba. Tindakannya itu mengundang padah apabila dia dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta BMW dan kejadian dipercayai berlaku di Jalan Maharajalela menuju ke pusat bandar semalam, lapor akhbar Kosmo.
Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki itu sengaja untuk melintas jalan walaupun keadaan lalulintas sangat sibuk pada ketika itu. Tindakan lelaki berkenaan mengundang tanda tanya pelbagai pihak.
“Macam nak bunuh diri atau claim insurance” -Netizen
“Nampak macam sengaja jaa” -Netizen
Rakaman insiden itu dapat dirakam menerusi dashcam sebuah kenderaan di tempat kejadian.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya menerusi satu kenyataan, pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut.
Tambahnya, setakat ini didapati belum ada laporan polis dibuat dan pemandu kereta berkenaan dinasihatkan untuk membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan.