“Macam Preggy Je Tu” – Berbaju ‘Sari’, Peminat Nampak ‘Baby Bump’ Heliza Helmi

Hiburan

“Macam Preggy Je Tu” – Berbaju ‘Sari’, Peminat Nampak ‘Baby Bump’ Heliza Helmi

Baru-baru ini, pelakon dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi menjadi perhatian orang ramai apabila memuat naik video bersama suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Menerusi video tersebut, Heliza dan suami dilihat sedondon memakai pakaian tradisional bollywood ketika menikmati percutian mereka di Pulau Pinang.

Advertisement

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen apabila melihat pelakon Syurga Cinta itu yang dikatakan semakin berisi seperti sedang ‘berbadan dua’.

Malah, ada juga peminat yang mendakwa mereka dapat melihat ‘baby bump’ dengan jelas lebih-lebih lagi apabila Heliza mengenakan pakaian Sari tersebut.

Difahamkan, perkongsian video itu telah dirakam ketika pelakon itu berkunjung ke sebuah restoran yang menyajikan teh tarik terbaik di kawasan Georgetown.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa teruja apabila melihat keadaan terkini pelakon itu yang didakwa sedang hamil.

Sehingga kini, Heliza masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung dakwaan yang mengatakan dia kini sedang berbadan dua.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 bulan lalu

"Janganlah Tinggalkan!" - Enggan Jauh Dari PU Riz, Aksi Neelofa Ini Buat Netizen Rasa 'Bersemut'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    September 18, 2022 at 7:22 am

    apesal org duk kalut kt heliza & hasben ni ntah. xde apa yg interesting

  2. t

    September 15, 2022 at 2:48 pm

    eh sebok laahh netizen ni menggelabah.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...