“Macam Permainan Psikologi..” – Lapan Tahun Masih Belum Selesai, Marissa Yasmin Gesa Bekas Suami Segerakan Kes

Hiburan

“Macam Permainan Psikologi..” – Lapan Tahun Masih Belum Selesai, Marissa Yasmin Gesa Bekas Suami Segerakan Kes

Terkini, difahamkan perbicaraan berkenaan tuntutan harta sepencarian antara pelakon Marissa Yasmin dan bekas suaminya Muhzir Mohd Zainuddin masih belum terlerai meskipun sudah lapan tahun berlangsung.

Berdasarkan Marissa, dia masih tidak mahu menyerah kalah dan akan tetap pertahankan haknya walaupun bekas suaminya sempat tampil membuat rayuan ke mahkamah pada tahun 2020 lalu bagi mengurangkan jumlah yang perlu dibayar semula kepada Marissa.

Advertisement

Dia tangguhkan kes ni seolah-olah macam satu permainan psikologi dan mungkin nak beri tekanan supaya saya tarik semula kes ni.

Kalau betul dah move on, segerakanlah kes ni. Pihak saya akan terus lalui kes ni, mungkin saya beri tempoh setahun lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@marisa.yasmin)

Menurut aktres ini, bekas suaminya itu seperti melengah-lengahkan kes mahkamah mereka berdua hingga berlanjutan bertahun seperti ini. Katanya, mungkin itu salah satu cara supaya dirinya putus asa.

Namun katanya, dia akan terus berjuang dengan kes tersebut walaupun mengambil masa yang lama. Menurutnya juga, difahamkan bekas pasangannya itu tidak hadir ke perbicaraan atas sebab tertentu.

Sekadar info, mahkamah telah menetapkan 31 Januari 2024 sebagai tarikh baru bagi perbicaraan semula kes berkenaan.

jovian mandagie cerai
1 year ago

(TERKINI) "Kami Tamatkan.." - 10 Tahun Dirikan Masjid Bersama, Jovian Mandagie Umum Cerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...