“Macam Pergi Buat Dosa Pula…” Syifa Melvin Kecewa Tidak Dapat Tunai Ibadah Umrah

Hiburan

“Macam Pergi Buat Dosa Pula…” Syifa Melvin Kecewa Tidak Dapat Tunai Ibadah Umrah

Pelakon Syifa Melvin meluahkan perasaan kecewa apabila rencananya untuk menunaikan umrah ditunda kerana keputusan kerajaan untuk menangguhkan buat sementara kebenaran perjalanan umrah buat jemaah tanah air bermula 8 Januari ini.

Ujar Syifa, dia berasa terkesan kerana penangguhan tersebut dianggap sebagai bukan satu permulaan tahun baharu yang baik buat dirinya.

Advertisement

Jelasnya lagi, dia sepatutnya berlepas ke tanah haram untuk tujuan menunaikan umrah pada 20 Januari ini.

Pelakon drama #Siscuba itu turut mempertikaikan tindakan pihak berkuasa yang menangguh ibadah umrah berbanding penerbangan ke luar negara yang lain.

Perlu cucuk (vaksin) sehingga empat hingga lima kali ke baru nak lepas? Kalau pergi United Kingdom semuanya okey sahaja.

Macam kita pergi buat dosa pula ya. Selepas varian Omicron apa pula? Kita tiada kuasa, jadi turutkan saja sehingga mencapai agenda mereka.

Perkara tersebut dikongsikan adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu menerusi sebuah perkongsian di laman Instagram Story untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan menerusi Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa kerajaan telah mengambil keputusan untuk menyekat sementara perjalanan rakyat ke Tanah Suci Mekah berikutan peningkatan kes varian terbaharu kebanyakannya datang dari pengembara dan jemaah umrah.

Media tempatan semalam melaporkan sebanyak 1,306 kes atau 11.76 peratus  daripada 11,108 jemaah umrah telah dikesan positif COVID-19 berdasarkan data yang diambil sehingga 30 Disember lalu.

4 years ago

Syifa Melvin Akui Bukan Satu Masalah Andai Wanita Cantik Dikaitkan Dengan Bimbo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...