Nama Raja Azlan Muzaffar Shah, putera Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, menjadi sebutan di media sosial selepas beberapa gambar dan videonya tular.
Menerusi satu perkongsian di Threads, , ramai netizen tampil memberi komen memuji penampilan segak Raja Azlan. Malah ada yang menyamakan wajahnya dengan bintang popular Korea, Ahn Jae-hyun.
View on Threads
“Pernah terserempak dengan dia, tinggi betul,” tulis seorang pengguna.
Tidak kurang juga yang mengakui tertarik dengan aura dan karisma beliau sebagai pewaris keluarga diraja Perak. Biarpun sering tampil sederhana, gaya yang dibawa Raja Azlan tetap menyerlahkan keyakinan diri.
Rata-rata netizen tidak dapat menafikan wajah kacak beliau selain terpegun melihat putera Sultan Perak itu kini sudah mencecah usia 17 tahun.