Berfesyen merupakan satu perkara yang sudah menjadi trend didalam kalangan anak muda zaman sekarang.
Seperti video yang tular di laman TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai Syerin Hyo telah menarik perhatian orang ramai dengan fesyen yang digayakannya.
Menerusi video tersebut, gadis berjurusan fesyen itu dilihat memakai baju berlengan panjang jenis crop top bersama inner berwarna coklat dan memakai kain skrit berwarna hitam bersama skirt jeans berbetuk v.
Bagaimanapun, penampilan gadis itu tidak diterima baik oleh rata-rata pengguna media sosial yang mengkritik fesyen digayakan gadis itu sebagai aneh.
Meninjau di ruangan komen, ada segelintir netizen yang meminta gadis itu untuk memperbaiki lagi kreativiti dalam dunia fasyen.
Malah, ada sesetengah pihak yang menasihati gadis berkenaan supaya tidak keterlaluan dalam berfesyen sehingga menimbulkan rasa kurang enak pada orang yang melihatnya.
Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih 1.2M tontonan, 31.2K tanda suka, dan 6.8K komen di laman TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.