Baru-baru ini, penampilan salah seorang ahli kumpulan wanita M-Pop, Dolla iaitu Sabronzo telah menerima mengundang rasa kurang senang dikalangan warganet.
Melalui posting di Instagram, Sabronzo memuat naik klip video dirinya menari lagu terbaru mereka berjudul Mwa tetapi hal yang menjadi perhatian adalah pemakaian seksi penyanyi tersebut.
View this post on Instagram
Dapat dilihat, Sabronzo memakai baju seakan-akan bra yang membuatkan netizen berasa terkejut susulan dia merupakan wanita beragama Islam.
Bahkan, netizen merasakan penampilan sedemikian seperti menconteng nama baik agama Islam serta wanita Muslim.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga merasakan Sabronzo terlalu ghairah mahu mengikut gaya fesyen negara luar terutama K-Pop dan Hollywood tanpa mengambil kisah batasan agama.