Sebelum ini, pelakon jelita iaitu Nora Danish telah memuat naik hantaran gambar di laman Instagram miliknya memaparkan dirinya bersama suami, Nedim bagi mempromosikan sebuah produk wangian.
Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah apabila melihat pinggang pelakon itu yang dikatakan terlalu ramping sehingga ada yang mendakwa dia telah menyunting gambar supaya kelihatan lebih langsing.
Tampil membidas dakwaan tersebut, Nora atau nama penuhnya, Nora binti Mohd Danish Hanif telah memuat naik sebuah lagi video baru-baru ini bagi membuktikan bahagian pinggangnya tidak disunting dan sememangnya ramping.
Sebenarnya tak edit.. Nampak ni video. Mana ada edit, nampak?
Menurut Nora, mungkin pinggangnya kelihatan ramping kerana ‘design’ persalinan dress berwarna hitam yang dipakainya itu menampakkan bentuk badannya lebih kurus selain fizikalnya juga yang kian susut.
I think because of the design also. Design ni boleh merampingkan pinggang ke something like that.
Dalam pada itu, Nora turut memaklumkan dia juga melakukan aktiviti senaman bagi menurunkan berat badan selain mengambil kopi diet, menjaga makan, dan melakukan yoga.
But yes.. this is tak edit. Memang ramping..
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat turut memuji penampilan Nora yang kekal cantik bagai tidak dimakan usia.
Malah, ada juga yang menafikan dakwaan Nora menyunting gambar kerana pernah bersemuka dengan pelakon itu dan memaklumkan bahawa dia sememangnya langsing.
Sis Nora memang lawa. Pernah jumpa dia dulu. Tak gemuk pun. Dia kurus gila. Memang hot – Peminat.
“Kesiannya Nora terpaksa buat video buktikan dekat semua orang yang pic tu tak edit. Why la kita kena puaskan hati orang lain? badan kita kan? gambar kita kan? Orang lain pulak yang sibuk-sibuk,” tulis seorang pengguna Instagram.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.