Pelakon jelita, Nora Danish baru-baru ini berkongsi momen istimewa ketika dia dan bekas suami, Nedim Nazri menyambut hari lahir anak tirinya, Qaldre yang ke-13 tahun di sebuah restoran.
Meskipun sudah berpisah, Nora dipuji netizen kerana tetap meluangkan masa menyambut hari lahir anak tirinya itu bersama Nedim dan dua orang anaknya yang lain.
Berikutan perkongsian itu, netizen mendoakan agar Nora dan Nedim kembali bersatu sebagai suami isteri kerana hubungan baik yang dipelihara demi kebaikan anak-anak.
Ada juga yang memuji Nora yang profesional kerana menjaga silaturrahim bersama bekas suami dan anak tirinya.
Sekadar info, Qaldre merupakan anak hasil perkongsian hidup Nedim bersama bekas isteri, Nabilah Khan.
Perkahwinan Nora dan Nedim pula dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl.
Nora sebelum ini pernah bernikah dengan Datuk Rizal Ashram Ramli dan mempunyai seorang anak lelaki, Putra Rayqal.
Nora dan Nedim kemudian berpisah secara baik pertengahan Jun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.