“Macam Nak Rompak”- Lelaki Pada Awalnya Dianggap Mencurigakan, Tapi Bila Sampai Kaunter ‘Cashier’ Rupa-Rupanya…

Kehidupan

“Macam Nak Rompak”- Lelaki Pada Awalnya Dianggap Mencurigakan, Tapi Bila Sampai Kaunter ‘Cashier’ Rupa-Rupanya…

Umum sedia tahu kebanyakan harga barang keperluan telah dinaikkan dan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada rakyat, lebih-lebih lagi yang tergolong dalam golongan B40.

Oleh itu, bebanan yang harus dilalui rakyat diluar sana bertambah bukan sahaja kerana kenaikan harga barang, tetapi juga kesan pandemik Covid-19 yang memberi impak besar terhadap punca rezeki sesetengah orang.

Advertisement

Justeru, mendengar keluhan atau cerita tentang keluarga yang hidup sarat dalam kesusahan bukanlah sesuatu yang pelik dengan situasi yang berlaku di negara ini.

Berikutlah perkongsian oleh seorang pengguna di Twitter oleh Lina Mohd, apabila nasib seorang lelaki membuka matanya tentang kesusahan hidup yang dialami oleh sesetengah masyarakat.

Sumber : Twitter 

Menurut Lina, dia terserempak dengan seorang lelaki yang pada awalnya dianggap seperti perompak kerana gelagat peliknya ketika berada di sebuah pasar mini.

Setelah memasuki pasar, Lina sekali lagi ternampak lelaki sama dalam keadaan yang mencurigakan seperti gelisah namun dia bertindak berpura-pura memilih barangan walaupun risau akan dirompak lelaki tersebut.

Akan tetapi, selepas mencuri dengar perbualan antara lelaki dan cashier di pasar mini itu, rupa-rupanya lelaki berkenaan mempunyai masalah kewangan dan risau bahawa wang yang dimiliknya tidak cukup untuk membeli mi segera dan beras.

Sumber : Twitter 

Perkara itu membuatkan Lina berasa sangat tersentuh dan bertindak untuk membayarkan kedua-dua barangan yang diambil lelaki berkenaan di samping berasa bersalah kerana menilai lelaki itu sebelum mengetahui perkara sebenar.

Di samping itu, Lina juga turut menawarkan untuk membelikan barangan keperluan lain, tetapi pelawaan itu ditolak oleh lelaki tersebut dan berterima kasih kepada Lina sambil menunduk-nundukkan kepalanya.

Perkongsian Lina membuatkan rata-rata pengguna lain juga tersentuh kerana ramai orang di luar sana yang hidup susah dan terpaksa mencatu makanan walaupun ada yang masih lagi mampu bermewah-mewah dalam keadaan sekarang.

Sumber : Twitter 

6 bulan lalu

"Orang Pernah Hidup Susah Je Faham" - 'Viral' Peniaga Nasi Lemak Bagi 'Student' Kurang Mampu Makanan Percuma

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...