Kerana itulah pentingnya manusia untuk memiliki peribadi yang baik dan beradab supaya kita boleh hidup saling hormat-menghormati apatah lagi rakyat negara kita berbilang kaum.
Tular rakaman di laman sosial X baru-baru ini di mana ramai netizen menyelar tindakan seorang TikToker kerana dilihat bersikap biadap terhadap seorang peniaga teh masala di ibu kota.
Menerusi rakaman itu, lelaki terbabit telah mengunjungi peniaga teh masala atas basikal terkenal itu dan menawarkannya RM100.
Bagaimanapun, ketika peniaga itu sedang menyediakan 100 cawan teh masala, TikToker terbabit bertanya bermacam-macam soalan sensitif dan turut mempertikaikan saiz cawan serta cara teh itu disediakan.
Bukan itu sahaja, dia juga turut menuduh peniaga terbabit mahu mengelak cukai pendapatan kerana berjaya meraih RM100,000 malah turut bertanya tentang asal usul pemilik serta pekerjanya.
Dengan nada sinis, dia menyoal tentang lesen dan berkata perniagaan tepi jalan tidak memerlukan lesen dan sebab itulah peniaga itu boleh mendapat RM100,000 sebulan.
Lesen ada sini? Tak payah lesen punyalah sini. Tepi jalan kena lesen meh?
Raut wajah peniaga tersebut ketara menunjukkan dia tidak selesa dengan perlakuan dan soalan-soalan daripada TikToker berkenaan.
Review untuk naikkan bisnes ❌
Review untuk lingkupkan bisnes ✅ pic.twitter.com/WqJOKIASkO— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) November 26, 2024
Video tersebut telah mengundang pelbagai komen negatif daripada netizen yang menghentamnya kerana tiada adab malah dia dikatakan seolah-olah mahu melingkupkan bisnes orang pula.
Ini orang dan pencipta kandungan paling teruk saya pernah tengok. Macam mana lelaki ini boleh jadi influencer. Berhenti tonton dan kongsi konten dia.