“Macam Nak Bagi Haiwan Sisa Makanan!”, Pusat Tahfiz Terima Sumbangan Makanan Dalam Plastik Sampah

Kehidupan

“Macam Nak Bagi Haiwan Sisa Makanan!”, Pusat Tahfiz Terima Sumbangan Makanan Dalam Plastik Sampah

Niat untuk bersedekah dan menderma ini memang sesuatu perkara yang baik. Tapi kadang-kadang mungkin ada yang terlupa adab dalam bersedekah. Selain kena pastikan barang yang diderma itu dalam keadaan yang baik, hati dan perasaan yang menerima pun kena jaga juga.

Zakiyatul Nisa berkongsikan mengenai insiden yang berlaku dimana ada individu yang menyumbang makanan dibungkus dalam plastik sampah. Kejadian ini berlaku di salah sebuah pusat tahfiz di Kuala Lumpur.

Advertisement

Tak pasti pula atas alasan apa individu itu menggunakan plastik sampah tapi macam tak kena pula gayanya. Nama pun plastik sampah, memang biasanya guna untuk buang sampah lah kan?

“Tapi ustaz melarang pelajar makan kerana makanan itu diletakkan di dalam plastik sampah dan dikhuatiri menyebabkan kesan buruk seperti sakit perut atau cirit birit”

plastik sampah hitam
Bukan itu sahaja, ustaz pun tidak pasti siapa yang menghantar makanan itu dan hanya sedar ia ada di atas meja selepas salah seorang pelajar meminta izin untuk memakannya.

Ada adab dalam bersedekah dan janganlah bersikap asal boleh saja kerana sekiranya berlaku perkara tidak diingini, pusat tahfiz yang dipersalahkan dan perlu bertanggungjawab.


“Kau buat macam nak bagi haiwan sisa makanan jer. Tak beradab langsung!”

Untuk pengetahuan anda, plastik hitam dibuat dari bahan plastik yang dikitar semula dari pelbagai sumber plastik yang telah terbuang dan dari segi kebersihan proses kitar semula tersebut adalah tidak hygienic dan ianya terdedah kepada kuman dan kotoran.

Niat dah baik tapi mungkin tak kena cara. Harapnya kisah ini dapat dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua pihak.

Sumber: Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...