Baru-baru ini, penyanyi berbakat iaitu Stacy Anam memuat naik sebuah hantaran di Instagram Stories miliknya meluahkan rasa kecewa terhadap seorang individu telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi hantaran tersebut, Stacy tidak menyebut nama individu berkenaan namun memberi bayangan bahawa individu itu telah lama berkecimpung dalam industri nyanyian.
Malah, penyanyi lagu Pelangi Senja itu turut menyifatkan individu berkenaan sebagai tidak profesional kerana gagal mengawal perasaan walaupun semasa bekerja.
Sampai sekarang masih rasa nak muntah teringat perangai dan kata-kata tidak profesional dari seorang yang lebih tua.
Sepatutnya beliau lebih matang dalam mengeluarkan kata yang membina daripada sebaliknya dan lebih profesional mengawal masalah hati ketika bekerja.
Bukan itu sahaja, Stacy memaklumkan dia kerap berdepan konflik dengan individu berkenaan dan mendedahkan individu itu akan turut mencari jalan untuk cuba menjatuhkan orang lain.
Kalau ada masalah dalaman dia memang tidak akan berhenti berusaha mencari cara untuk menjatuhkan. Sampai bertahun pun tak move on. Bukan sekali terjadi.
Pelik juga bila pernah dulu saya hulurkan tangan untuk salam sesama muhrim yang cukup lama sudah saya kenal ditolak dan dia sindirkan ‘kakak kau baru ambil wudhu’
Tambah isteri kepada penyanyi Akim Ahmad itu, dia turut mempersoalkan bagaimana dia mahu menghormati individu berkenaan kerana tidak menjelaskan masalah sebenar konflik antara mereka.
Macam mana saya nak letak respect pada beliau ni? Kenapa tak nak explain masalah apa yang pernah terjadi sampai tak suka sangat ni?
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.