“Macam Mana Orang Tahan Bau” – Viral Tempat Bergambar Seperti di Jepun, Rupanya Dekat Loji Kumbahan

Trending

“Macam Mana Orang Tahan Bau” – Viral Tempat Bergambar Seperti di Jepun, Rupanya Dekat Loji Kumbahan

Zaman sekarang ni ada banyak tempat menarik yang viral di media sosial dan sudah semestinya selepas itu ia akan menjadi tumpuan ramai netizen. Pasti ada saja individu yang explore tempat menarik baru dan jadikan content untuk dimuat naik di akaun mereka.

Seperti baru-baru ini, sebuah video viral menunjukkan lokasi cantik dipenuhi bunga dikongsikan oleh seorang individu di TikTok. Sehingga kini ia sudah mendapat lebih 600,000 tontonan dan tempat yang cantik pemandangannya itu dikatakan terletak di Sungai Petani, Kedah.

Advertisement

Menerusi video tersebut boleh dilihat kawasan tersebut dipenuhi dengan bunga-bunga kecil berwarna ungu. Dengan pemandangan cantik sebegitu, ramai berkata tempat tersebut nampak seperti di Jepun. Tapi, siapa sangka tempat yang penuh dengan bunga dan mempunyai pemandangan cantik itu sebenarnya merupakan loji kumbahan!

Ya! Itulah yang ditulis individu tersebut di ruangan kapsyen di mana menurutnya ia terletak di Loji Kumbahan Sungai Petani!

Loji taik Sungai Petani.”

@youzernotfaun

Loji taik sungai petani #fyp #sungaipetani

? Choking on Flowers – Fox Academy

Advertisement

Meskipun tempatnya insta-worthy dan cantik untuk dijadikan port bergambar, tapi netizen berkata ia hanya untuk mereka yang sanggup ‘tahan hidung’ kerana bau yang tidak menyenangkan.

Menerusi ruangan komen, ramai yang berseloroh tentang lokasi tersebut di mana ada yang berpendapat sesiapa yang ke sana tidak akan sanggup menahan bau di loji berkenaan walaupun demi mendapatkan gambar yang cantik.

Baca: Dek Perintah Lockdown, Rakyat India Nikmati Pemandangan Gunung Himalaya Dengan Jelas Kerana Udara Bersih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...