Isteri kepada pelawak dan pelakon, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi mendedahkan bahawa terdapat seorang selebriti wanita yang didakwa telah memburukkan dirinya menerusi satu siaran langsung di media sosial baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, isteri pelawak itu meluahkan rasa kesal apabila selebriti itu bercakap tentang hal rumah tangganya seolah-olah mengetahui situasi sebenar yang berlaku.
Afreena turut berkata selebriti tersebut tidak pernah bertemu dengannya secara bersemuka, sebaliknya hanya berkomunikasi melalui panggilan telefon.
Saya tak pernah jumpa dia, saya hanya berkomunikasi dengan dia melalui panggilan telefon sahaja.
Saya minta maaf kalau perkara itu mengganggu awak, tetapi perbualan kami hanyalah tentang suami saya dan bagaimana semuanya terjadi.
Afreena turut memberitahu tindakan selebriti wanita itu memburukkan rumah tangganya kepada umum adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
Awak tidak hidup dengan saya. Hanya saya dan suami sahaja yang tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga kami.
Macam mana orang ketiga boleh tahu tentang hal dalaman rumah tangga saya?
Susulan itu, isteri kepada pelawak itu meminta agar individu tersebut berhenti menyebarkan cerita yang tidak benar dan tidak membesarkan sesuatu perkara tanpa mengetahui situasi sebenar.
Tolong jangan bercakap dan membesar-besarkan sesuatu tentang saya kerana awak sendiri tidak mengenali saya. Mungkin awak kenal suami saya kerana dia kawan awak, tetapi awak langsung tidak mengenali saya, apatah lagi hal perkahwinan saya.
Melainkan ada yang bercerita kepada awak dan awak menjadi orang ketiga untuk memburukkan dan bercerita. Tolong hentikan!