“Macam Mana Nak Sorok?” – Dituduh Tayang ‘Baby Bump’ Di IG, Uyaina Arshad Tak Tahu Cara Nak Puaskan Hati Netizen

Hiburan

“Macam Mana Nak Sorok?” – Dituduh Tayang ‘Baby Bump’ Di IG, Uyaina Arshad Tak Tahu Cara Nak Puaskan Hati Netizen

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang kini sarat hamil meluahkan rasa terkilan kerana telah menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab yang mendakwa dirinya sengaja menayangkan ‘baby bump’ di media sosial.

Kata Uyaina, dia tidak pernah berniat untuk menunjuk-nunjuk kehamilannya itu namun tidak mampu untuk menutupnya kerana sudah terlalu jelas.

Advertisement

Isu jangan tunjuk ‘baby bump’ dah banyak kali saya kena, tapi masalahnya kalau dah masuk bulan ke-7 bagaimana nak sorok. Saya bukan sengaja nak tayang bentuk kehamilan di media sosial.

Jelasnya lagi, dia tidak memakai baju ketat malah menutupnya dengan kain tudung yang besar.

Berikutan itu, Uyaina berkata dia tidak tahu lagi bagaimana untuk memuaskan hati orang kerana telah sedaya upaya menutup aurat dengan sebaiknya.

Malah, Uyaina juga tidak mengerti mengapa masih ada wanita yang kurang senang dengan wanita lain kerana ada saja perkara yang cuba dibangkitkan oleh mereka.

Terdahulu, Uyaina menjawab komen seorang netizen yang mengatakan ‘baby bump’ yang kelihatan pada video yang dimuat naik adalah aurat dan berharap agar Allah mengampunkan dosanya.

“Dalam Islam, ‘baby bump’ itu aurat. Tidak boleh didedah. Moga Allah ampunkan dosa beliau dan kita semua. Amin.” tulis netizen.

Sehubungan itu, Uyaina berharap agar pengguna media sosial berhenti bercakap buruk dan tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris perasaan.

“Jadi janganlah ada pihak yang tergamak nak bunuh kegembiraan orang yang bakal bergelar ibu dan bapa. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi kepada kehidupan mendatang.” katanya panjang lebar ketika ditemui Harian Metro.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Uyaina
2 years ago

Disamakan Dengan Isteri Firaun, Baju Persalinan Uyaina Arshad Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...