Bagaimana Nak Memikat Hati Gadis Idaman? Si Dia Pasti Nak Dekat Jika Korang Ikut 6 Tips “Simple” Ini, Cubalah!

Trending

Bagaimana Nak Memikat Hati Gadis Idaman? Si Dia Pasti Nak Dekat Jika Korang Ikut 6 Tips “Simple” Ini, Cubalah!

Ingat lagi bila duduk melepak dengan geng2 admin, memasing cerita macam mana cara-cara nak pikat awek. Admin ni takde lah nak ambil port sangat pun. Tapi bila dah sesama dengan member kan, kekadang masuk jugak lah topik tu.

Advertisement

Macam-macam cara lah kawan-kawan admin kongsikan. Dari cara yang susah hinggalah senang. Dalam fikiran admin berfikir, boleh tahan juga cara nak memikat hati si dia yang kita nak “tackle” tu kan?

Namun, bagi korang yang masih lagi tak “confident” untuk memikat hati si dia untuk jadi kekasih hati, ini cara yang boleh korang cuba. Mana lah tahu ada yang tersangkut kan? hehehe. Admin tak kata memang jadi, at least dah cuba kan?

1. Aktif & Jaga Kesihatan

Tak semestinya korang kena sado, apa yang penting korang kena sentiasa sihat dan aktif. Kalau boleh, setiap petang tu ambil lah masa sikit untuk berjogging keluarkan peluh. Bersenam tu mudah jer!

2. Elakkan Dari Merokok

Hmm.. admin pasti yang ni ramai lelaki susah nak kawal. Beb, kesihatan tu kena jaga. Kalau boleh tak payah lah isap rokok. Membazir je duit tu. Lainlah kalau korang banyak duit. Hehehe.. Apa pun, perempuan kebanyakannya tak suka lelaki yang merokok. Kalau awek tu jenis tak kesah, go on jela. Tapi kata nak pikat awek kan? Tahan nafsu tu sikit.

3. Penampilan Kemas & Segak

Aspek penampilan korang kena jaga, elakkan nampak selekeh. Tapi memang seriuslah, pakai lah kemas2 sikit. Orang pandang pun suka tengok. Awek suka lelaki yang pandai jaga penampilan diri. Penampilan diri pun mencerminkan peribadi.

4. Pakai “Deodoran”

Haaa.. yang ni pun satu hal jugak. Korang kalau nak pergi mana-mana tu, make sure lah pakai perfume ke atau “deodoran” kat ketiak tu. Lebih-lebih lagi kalau korang jenis kuat berpeluh. Peh.. paham2 jela ek. Dah kalau badan berbau. awek pun tak nak dekat. So macam mana nak pikat awek bro?

5. Jaga Mulut

Gaya bercakap pun mainkan peranan jugak. Jangan korang kata tak mainkan peranan. Seeloknya kalau borak2 dengan member tu, elakkan lah dari cakap benda bukan-bukan seperti mengata, melucah atau sebagainya. Tak sedap beb orang dengar. Satu lagi kalau jenis baran tu, kawal sikit sifat panas baran tu. Perempuan tak suka lelaki jenis panas baran ni. Dah asyik nak melenting je. Susah..

6. Jangan Minta Duit Perempuan

Admin tak pasti korang ni jenis kaki pau atau tak. Kalau keluar dengan member, jangan kedekut nak “payung” kawan-kawan korang tu. Mana lah tahu kawan korang tu bawak member perempuan cun melecun, so didik diri jangan suka sangat pau duit orang. Dan bila fasa berkenalan rapat dengan si dia, jangan minta duit awek tu. Be gentle. Melainkan awek tu offer nak belanja, tu lain lah kan. Toleransi namanya, untung badan. Hehe..

Nak lagi rare?

Cuba ikut macam mana mamat ni buat..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...