“Macam Mana Nak Berniaga..?”, Lagi Instagram Selebriti Digodam, Kali Ini Pelakon Roy Azman Jadi Mangsa

Hiburan

“Macam Mana Nak Berniaga..?”, Lagi Instagram Selebriti Digodam, Kali Ini Pelakon Roy Azman Jadi Mangsa

Kesal dan kecewa, pelakon Roy Azman mendedahkan bahawa akaun Instagram miliknya iaitu @royazman30 telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Akaun instagram miliknya yang mempunyai lebih kurang 261,000 pengikut itu telah digodam dan kini sudah tidak boleh diakses oleh pelakon itu.

Advertisement

Namun begitu, menurut Roy, dia masih lagi berusaha mendapatkan kembali akaun lamanya itu. Dia kini mempunyai akaun IG yang baru iaitu @royazmanofficial dan turut meminta orang ramai untuk mengikuti akaun tersebut.

View this post on Instagram

kecewa. bole follow @royazmanofficial tq gengg

A post shared by ROY AZMAN (@royazmanofficial) on

“Dukacita dimaklumkan akaun Instagram saya @royazman30 kena godam. Sejujurnya saya kecewa sangat dengan apa yang berlaku sebab itulah tempat saya cari makan. Sudah ada 261,000 pengikut, bukan senang nak bangunkan. Tahu-tahu orang dah cilok (curi). Tapi kena terima dengan redha, saya masih algi berusaha untuk mendapatkan balik akaun lama, ada juga sesetengah kawan yang dapat balik, harap sangat saya pun macam tu,”

Roy meluahkan rasa kesal itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman instagram barunya itu. Ketika tinjauan, IG baru Roy telah mendapat hampir 4,000 pengikut hasil sokongan padu peminat yang setia mengikuti perkembangan pelakon itu di media sosial.

View this post on Instagram

Dah kena upload balik acc lama kena hack.. Ni latest pic wit shora

A post shared by ROY AZMAN (@royazmanofficial) on

 Malah, beberapa rakan artis turut menwar-warkan mengenai akaun Instagram Roy yang baru kepada pengikut di Instagram masing-masing sebagai tanda prihatin atas apa yang terjadi kepada pelakon itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...