Sebelum ini, Nur Fazura ada meluahkan rasa terkilan apabila Datuk Hans Isaac menerusi mesej di Whatsapp menuduhnya tidak menghormati artis lain apabila beliau didakwa meletakkan syarat tertentu hanya mahu bersama suaminya, Fattah Amin bagi menyampaikan anugerah pada malam FFM30 lalu.
Oleh itu, Fazura menuntut agar Hans memohon maaf kepadanya dan Fattah bagi membersihkan nama mereka.
Terbaru, Hans terkejut mengapa mesej peribadinya itu didedahkan kepada umum sedangkan ia sepatutnya antara beliau dan Fazura sahaja.
Terkejut juga bila dapat tahu mesej yang sepatutnya antara saya dan Fazura boleh diketahui umum. Sedangkan ia adalah mesej peribadi. Saya akui memang ada meluahkan rasa kecewa tu tapi kalau betul kemunculan Fattah sebagai penyampai anugerah itu tidak ada kena mengena dia boleh jelaskan kepada saya, bukan dengan mengeluarkan kenyataan kepada media.
Saya akan minta maaf kepada dia kalau betul-betul salah, tapi itulah seperti yang saya katakan sepatutnya ia antara saya dan Fazura bukan untuk pengetahuan umum.
Menurut Hans, bukan beliau sahaja terkejut dengan penampilan Fattah di atas pentas, malah Maya Karin juga. Setahunya, hanya pemenang anugerah sahaja yang boleh menjadi penyampai anugerah.

Anonymous
April 6, 2019 at 3:30 pm
Pergaduhan Faz & Hans, tapi fanatic kapel ni, pi kait Lofa pulak. Apehal?
Mana2 je
April 4, 2019 at 12:24 pm
Tambah sikitje Kat( nakcarijodoh) Dua2 berjaya did tackle oleh orang perok.
Pembantu tadbir
April 4, 2019 at 9:36 am
Saman jgn tak saman , boleh tambah income and buat tabung utk anak
nakcarijodoh
April 3, 2019 at 11:24 pm
siti nurhaliza….fazura….dua2 orang pahang….dua2 cantik dan ada aura tersendiri…nak cari awek orang Pahanglah…hehehe…
dalita
April 3, 2019 at 2:47 pm
Hans ni apa criteria dia jadi org kuat FFM ke? Ramai lagi artis2 yang boleh jadi..ke duit dia banyak boleh lobi?