“Macam Mana La Orang Terpaling Parenting Boleh Tinggal Anak Seminggu” – Kongsi Video Perbuatan ‘Maid’ Terhadap Anak, Dr Say Terima Kritikan Netizen

Trending

“Macam Mana La Orang Terpaling Parenting Boleh Tinggal Anak Seminggu” – Kongsi Video Perbuatan ‘Maid’ Terhadap Anak, Dr Say Terima Kritikan Netizen

Doktor dan pempengaruh dikenali sebagai Dr Say Shazril telah berkongsi rakaman CCTV rumahnya yang memaparkan pembantu rumah melakukan keganasan dan kekasaran terhadap anak ketiganya berusia 10 bulan.

Menerusi Instagram, dia meluahkan rasa kesal kerana pembantu rumah terbabit tidak serik meskipun sudah diberikan peluang kedua.

Advertisement

Kami bagi dia peluang kedua lepas incident bawak masuk lelaki yang lepas sebab sebelum incident tu, dia baik orangnya. Rupanya makin menjadi. Helper ni sama je tak kira dari Indonesia atau Filipina. In the end its all about perangai individu tu tak kisah dari mana they came from.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Perkongsian Dr Say menerima pelbagai komen dan respon daripada masyarakat di mana ramai yang memberi kritikan kepadanya dan isteri kerana meninggalkan anak-anak bersama pembantu rumah sahaja ketika mereka ‘outstation’.

Ada yang berkata dia seharusnya pastikan ada ahli keluarga seperti nenek kepada anak-anaknya untuk pastikan tiada perkara buruk berlaku termasuklah hal-hal kecemasan.

Segelintir netizen turut mengkritiknya kerana tidak memeriksa CCTV sepanjang seminggu dia dan isteri bercuti berdua ke Jepun sebelum ini kerana percaya dengan pembantu rumah itu.

komen netizen Dr Say komen netizen Dr Say komen netizen Dr Say komen netizen Dr Say komen netizen Dr Say komen netizen Dr Say

komen netizen Dr Say

Menyedari dirinya menerima kritikan ramai di media sosial, Dr Say tampil menerusi satu hantaran lain untuk membuat permohonan maaf dan akui dia menerima segala kecaman dan nasihat.

Saya terima dengan hati terbuka untuk saya perbaiki diri saya. Saya bernasib baik anak tiada kecederaan atau kecacatan kekal. Saya hargai setiap kata-kata anda semua.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberinya teguran dan nasihat berkaitan kelalaiannya dan isteri dalam memastikan keselamatan anak-anaknya terjaga.

dr say
3 months ago

"Jangan Promote Lah, Beli Senyap-Senyap Jelah.." - Dr Say Teruk Dikecam, Promosi Produk Jenama 'Boikot'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...