“Macam Mana Kau Dealing Dengan Hutang PTPTN & Masih Boleh Travel Gila-Gila?”

Trending

“Macam Mana Kau Dealing Dengan Hutang PTPTN & Masih Boleh Travel Gila-Gila?”

Ramai yang sangkut Immigresen kes PTPTN sekarang ni. Soalan yang aku dapat..

Advertisement

“Macam mana kau dealing dengan hutang PTPTN dan boleh travel gila-gila?”

Masa aku di zaman belajar diploma, tak ambil PTPTN, sebaliknya aku berniaga jual rokok di hostel aku (jangan buat benda ini, salah). Aku antara tokan besar jugalah di asrama UiTM Perak. Hahaha!

Kemudian aku juga jual nasi lemak dan burger. Aku order 50 bungkus setiap dua menu itu dan brader burger hantar ke bilik setiap jam 8 malam. Burger dan nasi lemak yang tak habis sebelum jam 11 malam, aku akan round dari bilik ke bilik, ketuk pintu. Budak-budak asrama UiTM Perak mesti tahu perkara ini.

Sambil-sambil itu aku offer rokok sekali. Hahaha! Aku tak hisap rokok tetapi aku jual rokok. Dengan duit itu aku bayar semua pembelajaran aku. Untuk duit yuran, aku kerja setiap cuti sem di Kuala Lumpur seperti di Isetan KLCC. Maka dapatlah duit untuk bayar yuran ditambah dengan kutip hutang kawan-kawan sebab PTPTN mereka dah masuk.

Di zaman degree pula, aku ambil PTPTN. Tetapi sebab aku tak nak bayar PTPTN, aku belajar betul-betul. Grad 1st class supaya PTPTN dapat convert ke biasiswa.

Macam mana belajar dengan duit yang terhad? Makan di UiTM ada dewan makan bang. Tak perlu makan di kafe. Untuk assignment, aku selalu guna bahan-bahan terpakai sebab aku tak ada bajet besar. Catu apa saja yang boleh dicatu, ikat apa saja yang boleh diikat.

Handphone, selepas kerja baru aku beli yang ada warna. Di zaman belajar, aku guna handphone torchlight saja.

Struggle sikit la di zaman belajar supaya aku boleh enjoy selepas grad. Kalau kau enjoy di zaman belajar, kau jangan marah sebab kena struggle lagi selepas grad. Haha!

Apa pun, hutang tetap hutang, PTPTN tetap kena bayar. Jangan salahkan kerajaan, tetapi salahkan diri sendiri kenapa kita ambil hutang pada masa itu.

Kereta kalau tak dibayar, bank akan tarik. PTPTN kalau tak bayar, takkan nak tarik sijil diploma korang? Sebab itu dia tarik di tempat lain. Jadi, pandai-pandailah uruskan kewangan diri.

Antara kawan aku yang struggle zaman belajar dan enjoy gila-gila selepas grad, Mohammad Hasif. Buat printing di bilik asrama saja. Jam 4 pagi pun orang ketuk pintu bilik nak print assignment. Sekarang dia dah jadi pengurus kedai printin di kawasan UiTM Perak. Student UiTM Perak nak print, boleh roger beliau.

Hidup bebas dari hutang, tenang bang. Tak pening kepala di kala ekonomi tengah gawat. Mungkin perkongsian ini boleh menjadi rujukkan kepada mereka yang masih bergelar student.

Sumber : Mazlan Zonan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. wanie

    December 5, 2016 at 11:55 am

    good job bro.. same dgn sy xder ptptn pon.. waahh sangat terbaik..
    alhamdulilah hidup xder berlengu dengan hutang mase study ahaakss