Inilah antara risiko yang harus dihadapi oleh tuan rumah yang membuat majlis di rumah kerana tidak dapat mengawal tetamu yang ramai hadir.
Tular rakaman CCTV yang memaparkan seorang wanita yang masuk ke dalam rumah ketika sebuah majlis sedang berlangsung di Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas.
Video itu dimuat naik di TikTok @malayansecretsociety dan difahamkan wanita berkenaan telah menyamar sebagai tetamu dan meminta untuk menumpang tandas tuan rumah sebelum mencuri wang.
Berdasarkan CCTV itu, dia dilihat berjalan menuruni anak tangga dan ke hulu ke hilir sebelum dia mengambil satu uncang beg di atas sebuah almari.
Kejadian itu berlaku pada 1 Februari lalu jam 12.40 tengah hari dan ketika orang lain sedang sibuk dan tidak perasan dengan tingkah lakunya, wanita terbabit telah melarikan wang ringgit sebanyak RM2,500.
Walau bagaimanapun, tidak pasti sama ada kejadian curi berkenaan sudah dilaporkan kepada pihak polis oleh tuan rumah namun orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu terbabit boleh hadir ke IPD Pasir Mas untuk membantu siasatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.