“Macam Makan Dekat Rumah”, Kulit Kuaci Bersepah Dalam Panggung Wayang

Kehidupan

“Macam Makan Dekat Rumah”, Kulit Kuaci Bersepah Dalam Panggung Wayang

Macam yang kita semua tahu, kalau di panggung wayang memang makanan luar tidak dibenarkan masuk. Walaupun kita faham, mungkin ada yang tak gemar nak makan popcorn dan sebab itu sanggup seludup makanan luar.

Tapi setiap peraturan yang dibuat pasti ada sebabnya. Kalau semua nak angkut makanan luar ke dalam panggung wayang, potensi untuk makanan itu tumpah, bersepah dan ditinggalkan memang ada. Dah lah selepas itu, pekerja di panggung wayang juga yang kena kemaskan.

Advertisement

“Korang makan kat rumah memang macam ni ke weh.”

kuaci

Kredit: Twitter

kuaci

Kredit: Twitter

Ini antara salah satu contoh kenapa pihak panggung wayang tak benarkan makanan luar dibawa masuk. Bukan siap bawa makanan luar sahaja tapi siap pakej bersepah macam ini sekali. Macam mana lah agaknya dia makan tu?

Dalam situasi macam ini, kita kena lah bertimbang rasa juga dengan pekerja di panggung wayang. Mereka pun cuma jalankan tugas sahaja untuk tak benarkan makanan luar masuk. Ini dah dapat seludup masuk dia buat dah macam kenduri pula!

“Aku makan popcorn pun buang kat luar.”


“Baru masuk wayang ke ni”

“Aku pun bawak makanan luar tapi takde lah sampai bersepah macam ni.”

Dan nampaknya pihak GSC Cinemas pun tak boleh nak ‘brain’ situasi ini.

Agak-agak lah kalau nak makan sekali pun. Ini kalau hamster tengok pun malu lah. Mana ada hamster makan kuaci bersepah sampai macam ni sekali.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.